RASMI: Bukit Jalil Jadi Gelanggang Final Piala AFC, VAR Akan Digunakan

Sah! Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal dijadikan sebagai lokasi untuk perlawanan akhir Piala AFC.

Perlawanan yang bakal menemukan Kuala Lumpur City dengan Al-Seeb pada 22 Oktober ini akan diadakan di gelanggang Harimau Malaya selepas sepatutnya dibuat dekat Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Keputusan yang diambil oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu dibuat selepas menilai semula masalah teknikal yang dimiliki Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Hal ini kerana, stadium tersebut tidak mempunyai pencahayaan lampu limpah yang menepati standard piawaian AFC iaitu 1800 lux.

Selain itu, AFC juga mengesahkan yang mereka akan melaksanakan Video Assistant Referee atau VAR.

Pelaksanaan sistem itu juga menyaksikan mengapa AFC menolak untuk menggunakan stadium di Cheras kerana kekurangan fasiliti untuk VAR.

Oleh kerana itu, mereka memilih untuk berpindah ke lokasi di Bukit Jalil bagi menjadi hos perlawanan akhir ini.

KL City akan cuba menjadi pasukan Malaysia kedua yang berjaya merangkul Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim melakukannya pada 2015.

Jika misi itu berjaya, KL City akan memperoleh trofi kedua dibawah kendalian Bojan Hodak selepas memenangi Piala Malaysia pada 2021.

Setakat ini, masih belum lagi ada info mengenai tiket untuk perlawanan akhir ini dan dijangka pihak AFC akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN