Status Kedudukan 100Plus Liga Premier Selepas Pengguguran Kuantan FA

Berikutan pembatalan penyertaan Kuantan FA oleh Malaysian Football League (MFL) pada 20 April lalu, badan pentadbir pertandingan bola sepak negara itu telah membatalkan keputusan perlawanan membabitkan Kuantan FA pada musim ini.

Berikutan pembatalan tersebut, semua jaringan gol mata dan jumlah perlawanan yang telah dilangsungkan membabitkan perlawanan menentang Kuantan FA tidak akan diambil kira di dalam kedudukan rasmi 100Plus Liga Premier 2018.

Ini bermakna jumlah mata dan perlawanan pasukan yang telah berhadapan dengan Kuantan FA sebelum ini dikira sebagai kosong (o).

Namun demikian, pihak MFL sebagai jawatankuasa pertandingan masih mengekalkan kesalahan membabitkan Organisasi Teknikal Pertandingan (OTP).

Kedudukan 100Plus Liga Premier sebelum pembatalan penyertaan Kuantan FA.

Perkara tatatertib yang termasuk di bawah kategori OTP ialah pengumpulan kad kuning dan juga arahan perintah keluar padang akibat layangan kad merah. Kesalahan-kesalahan sebegini dikekalkan dan berkuatkuasa seperti biasa, dan terus diambil kira untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.

Pembatalan penyertaan oleh Kuantan FA bermakna pasukan itu telah dikeluarkan daripada saingan 100Plus Liga Premier, sekaligus menjadikan divisyen kedua bola sepak negara tersebut hanya terdiri daripada 11 pasukan bertanding.

Kuantan FA dilanda kemelut pembayaran gaji sejak dari awal musim. Kegagalan mereka untuk menghadiri perlawanan LP7 membabitkan perlawanan menentang PDRM FA pada 15 April yang lalu, memaksa pengadil memberikan kemenangan percuma kepada pasukan PDRM.

Kedudukan terkini selepas Kuantan FA disingkirkan.

Isu tunggakan gaji yang membelenggu skuad berkenaan dikatakan menjadi punca utama pemain dan jurulatih skuad The Seagulls enggan beraksi pada perlawanan ketujuh liga itu.

Malah, PFAM sudah mengemukakan aduan kepada FAM bagi membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain Kuantan FA.

Jika gagal, jalan terakhir untuk kes itu diselesaikan mungkin ia perlu dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN