Dalam saingan di 5 liga utama Eropah musim ini, ada beberapa nama pemain yang sangat menonjol dalam mencipta peluang gol.
Kreativiti mereka ini membuatkan rakan-rakan mereka mendapat manfaat di hadapan gol. Pemain yang kreatif sentiasa menjadi buruan banyak kelab terutama sekali pasukan elit di Eropah.
Berikut adalah 4 teratas untuk senarai pemain yang paling kreatif dengan mengambil kira ‘assist’ paling banyak dalam liga. Kami ambil senarai yang melakukan 10 ‘assist’ dan ke atas.
4. Joshua Kimmich (Bayern Munich), Ryan Fraser (Bournemouth), Julian Brandt (Bayer Leverkusen), Di Maria (PSG) – 10 bantuan gol
Ada 4 nama berada dalam senarai ke-4, setakat ini. Paling mencuri tumpuan adalah bek sisi Joshua Kimmich yang merupakan satu-satunya pemain bek sisi berada dalam 5 teratas dan juga 10 teratas.
Ryan Fraser efektif mencipta peluang untuk Bournemouth musim ini.
https://twitter.com/FootbaIIFirst/status/1110246517124796416
Sementara itu, Julian Brandt terus menjadi bakat yang menjadi bualan sama ada di peringkat domestik dan juga antarabangsa.
Julian Brandt (22) has assisted 10 goals in a single league season for the first time in his career.
Seven of those assists have come in the last eight Bundesliga appearances. pic.twitter.com/hsaOiqn3nn
— SCOUTED (@scoutedftbl) March 29, 2019
Di Maria menunjukkan prestasi cemerlang beliau musim ini. Menutup sedikit ketiadaan Neymar untuk bergandingan dengan Kylian Mbappe dan Cavani.
3. Eden Hazard (Chelsea) – 11 bantuan gol
Chelsea masih bergelut untuk meyakinkan pemain ini kekal di Stamford Bridge. Musim ini Hazard diberikan peranan lebih bebas oleh Maurizio Sarri. Hasilnya, setakat ini Hazard sudah melakukan 11 ‘assist’ di EPL.
Maka tidak hairanlah Real Madrid terus memburu khidmat beliau – dan penyokong Chelsea pastinya enggan kehilangan Hazard.
2. Lionel Messi (Barcelona) – 12 bantuan gol
Messi terus menikmati musim produktif di dalam La Liga. Setakat ini beliau sudah melakukan 12 bantuan gol.
Messi juga sudah meledak 31 gol untuk Barcelona – dalam usaha mereka mahu mengekalkan kejuaraan La Liga. Messi memenangi kasut emas La Liga musim lalu dengan 34 gol.
1. Jadon Sancho (Borussia Dortmund) – 13 bantuan gol
Beberapa minggu ini, 2 kelab Manchester dikaitkan dengan pemain ini. City dilaporkan mahu membawa balik Jadon Sancho selepas aksi cemerlang beliau di Jerman dan juga berjaya memasuki senarai pasukan kebangsaan.
Man. United turut mahukan Sancho dengan sanggup membayar harga yang tinggi untuk bekas pemain jiran mereka ini. Sancho menikmati musim cemerlang di Dortmund dengan 13 bantuang gol setakat ini dalam Bundesliga.
Dengan reputasi Borrusia Dortmund yang boleh digelar ‘feeder club’, nampak gayanya, Dortmund mungkin boleh menjana keuntungan besar sekali lagi jika menjual Sancho.