Selepas Singkirkan Huddersfield, Van Aanholt Meminta Maaf Dan Ucapkan Selamat Maju Jaya

Huddersfield menjadi pasukan EPL pertama tersingkir musim ini selepas tewas di tangan Crystal Palace.

Huddersfield hanya mengutip 14 mata daripada 32 perlawanan. Menang 3 kali, seri 5 kali da tewas dalam 24 perlawanan.

Partrick Van Aanholt dan Palace ada rekod unik sebagai ‘The Punisher’. Dalam 3 musim terakhir, Palace berjaya menyingkirkan 3 pasukan daripada EPL. Dan Patrick Van Aanholt menjadi penjaring gol terakhir dalam ketiga-tiga perlawanan terbabit.

Sebelum ini Van Aanholt menjadi penjaring gol dalam perlawanan yang menyingkirkan Hull dan Stoke City.

Huddersfield kalah 2-0 di tangan Crystal Palace dalam aksi EPL semalam. Lantas mengesahkan status mereka sebagai pasukan yang tersingkir.

Patrick Van Aanholt meminta maaf dan bersimpati dengan penyokong Huddersfield. Beliau kagum dengan sokongan oleh penyokong Huddersfield kepada kelab tersebut walaupun musim ini banyak kekalahan.

Ada juga penyokong yang menyakat Van Aanholt dengan komen: “Jaringan kamu sentiasa menyingkirkan orang.”

https://twitter.com/VyseLord/status/1112049375117606912

Walaubagaimanapun ramai penyokong Huddersfield mengucapkan terima kasih di atas kata-kata yang diberikan oleh Van Aanholt.

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda