Statistik: Liga Eropah Manakah Yang Paling Banyak Menghasilkan Gol?

Real Madrid

Situasi yang paling kritikal dalam kalangan pemain dan pasukan ialah untuk menghasilkan jaringan seterusnya memberi kelebihan buat pasukan untuk menang dalam satu-satu perlawanan bola sepak.

Namun sepanjang 90 minit permainan, fasa permainan yang manakah yang dianggap paling kritikal sehinggakan beberapa pasukan dapat menjaringkan lebih banyak gol berbanding fasa-fasa yang lain?

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Werlayne SS Leite (2017), beliau berjaya menganalisa tempoh masa permainan dan jumlah jaringan yang dijaringkan oleh satu-satu pasukan.

Mengambil data dari 10 liga utama di Eropah bagi musim 2015-2016, sebanyak 8,270 gol berjaya dihasilkan dari 3,100 perlawanan yang berlangsung dalam liga kompetitif di Eropah.

Newcastle United
NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – SEPTEMBER 16: Jamaal Lascelles of Newcastle United celebrates after he scores the winning goal during the Premier League match between Newcastle United and Stoke City at St. James Park on September 16, 2017 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Mengikut statistik, Premier League, Ligue 1, Serie A dan La Liga memiliki jumlah perlawanan yang paling tinggi bagi semusim iaitu 380 perlawanan.

Manakala liga di Ukraine hanya mencatatkan 182 perlawanan dan merupakan jumlah yang paling kecil berbanding 9 liga utama yang lain.

Jumlah jaringan diantara 4 liga yang popular dalam kalangan peminat di Malaysia iaitu Premier League, La Liga, Serie A & Bundesliga menyaksikan jumlah gol yang tinggi dicatatkan oleh Serie A berbanding Bundesliga (faktor kurang perlawanan berbanding Serie A).

Manakala, La Liga masih dihadapan berbanding Premier League dan Serie A (ketiga-tiga liga memiliki 380 perlawanan).

Sumber: Werlayne SS Leite (2017)

Kebanyakkan jaringan berjaya dihasilkan pada fasa ke-6 iaitu merangkumi minit permainan dari 76 hingga 90 minit dengan merekodkan sebanyak 22.88%.

La Liga merekodkan jumlah jaringan yang tertinggi dengan 1,043 gol malah turut mencatatkan jumlah jaringan yang tertinggi pada fasa terakhir permainan iaitu fasa ke-6.

Real Madrid
SAN SEBASTIAN, SPAIN – SEPTEMBER 17: Gareth Bale of Real Madrid CF (L) competes for the ball with Kevin Rodrigues of Real Sociedad de Futbol to score his team’s third goal during the La Liga match between Real Sociedad and Real Madrid at Anoeta stadium on September 17, 2017 in San Sebastian, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Selain itu, jumlah jaringan yang tinggi turut direkodkan pada separuh masa kedua berbanding hanya 3,614 gol pada separuh masa pertama. Memungkinkan akan faktor pemain yang semakin menyesuaikan diri dengan tempo permainan pada separuh masa kedua

Jadi jelaslah di sini akan kepentingan beraksi pada fasa ke-6 terutamanya pada 10 minit terakhir perlawanan.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi statistik atau keadaan seperti ini? Antara kemungkinan adalah disebabkan faktor keletihan para pemain, faktor fresh leg pemain gantian, perubahan taktikal dan emosi para pemain.

Tumpuan dan fokus 100% para pemain seperti yang sering diingatkan ketua jurulatihnya terutamanya menjelang minit-minit akhir permainan sememangnya sangat relevan seperti yang dibuktikan oleh data di Eropah. Ini adalah benar dan bukan retorik!

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan pembaca kami iaitu Nurazree Mahmud. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia. Hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN