Manuel Neuer Alami Kecederaan Ketika Latihan, Dijangka Berehat Panjang

Berita tidak baik buat peminat Bayern Munich.

Penjaga gol utama mereka iaitu Manuel Neuer ditimpa malang apabila mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kecederaan yang diperoleh ketika beliau sedang menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain menyaksikan namanya disisihkan dari skuad yang akan menentang Schalke 04.

Nasib malang yang menimpa Neuer ini telah membuatkan beliau kini berada dalam pemerhatian rapi kelab.

Pihak Bayern Munich sendiri juga telah mengumumkan berita kecederaan Neuer di media sosial mereka dengan butiran lanjut akan diberitahu kemudian.

Keputusan mengenai kecederaan Neuer akan diketahui kemudian selepas pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pihak kelab.

“Neuer telah mengalami kecederaan ketika sesi latihan untuk perlawanan menentang Schalke 04. Beliau akan mengharungi pemeriksaan lanjut keesokannya.”

Neuer dijangka bakal berehat panjang disebabkan kecederaan ini.

Hal ini kerana, kecederaan yang beliau hadapi ini berlaku di tempat yang sama lokasi kecederaan terakhir beliau iaitu di bahagian kaki kiri beliau.

Kecederaan terdahulu telah menyebabkan beliau terpaksa disisihkan dari skuad Bayern Munich selama tempoh 133 hari.

Semoga cepat sembuh, Manuel Neuer!

Sumber: 

  1. Goal (2017): BAYERN CONFIRM NEUER INJURY BLOW AS GOALKEEPER FACES ANOTHER SPELL ON THE SIDELINES; http://www.goal.com/en-us/news/bayern-confirm-neuer-injury-blow-as-goalkeeper-faces-another/xub5mk6cv3491vg3qescad6qa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN