Kali ini dalam segmen statistik Piala Malaysia, kami akan membuat perbandingan 4 pasukan akhir Piala Malaysia ataupun 4 semifinalis.
Kami akan menilai prestasi mereka dari segi prestasi semasa, gol per perlawanan, bolos per perlawanan.
Ratio kemenangan
1. Kedah – 0.875
2. Perak – 0.75
3. JDT & Felda United – 0.625
Ratio kekalahan
1. Kedah & Perak – 0.125
3. Felda United & JDT – 0.25
Gol per perlawanan
1. Kedah – 2.75
2. JDT – 2.625
3. Perak – 2.25
4. Felda United – 1.875
Bolos per perlawanan
1. JDT – 0.675
2. Kedah – 0.75
3. Perak – 1.25
4. Felda United – 1.375
Berdasarkan indeks prestasi di atas, berikut adalah ranking pasukan yang paling menyerlah dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.
1. Kedah – 13
2. JDT -11
2. Perak – 10
4. Felda United – 6
Berdasarkan rekod bolos di atas, secara puratanya, JDT dan Kedah ada potensi yang lebih baik untuk menang dengan hanya perbezaan 1 gol.
Manakala pasukan Perak dan Felda United setakat ini lebih risau dengan kualiti pertahanan mereka dalam kalangan 4 semifinalis ini. Jadi, kami rumuskan, 2 pasukan ini perlukan gol kedua lebih daripada Kedah dan JDT.
Rumusan
Ini hanya panduan untuk indeks prestasi semasa keempat-empat pasukan yang masih tinggal dalam saingan Piala Malaysia 2017.
Penyokong Kedah pastinya lebih tenang melihat gawang gol mereka dalam saingan Piala Malaysia.
Pasukan Kedah memiliki ratio bolos per perlawanan jauh lebih baik dalam saingan Piala Malaysia berbanding Liga Super. Dalam Liga Super mereka memiliki kadar ratio bolos 1.57 per perlawanan. Tertinggi di kalangan 6 teratas setakat ini.
JDT pula mengekalkan ratio bolos di bawah 1.00. Mereka nampaknya konsisten di barisan pertahanan untuk Liga Super dan Piala Malaysia.
Perak nampaknya perlu menekankan aspek pertahanan mereka. Tidak ada perbezaan signifikan di antara prestasi mereka di Liga Super dan Piala Malaysia. Walaupun dalam Piala Malaysia, ianya sedikt baik berbanding dengan Liga Super (1.428).
Perak adalah pasukan kedua selepas Kedah setakat ini, dibolosi 30 gol ke atas dalam kalangan 6 teratas dalam Liga Super.
Felda United lebih ampuh dalam saingan Liga Super secara ratio bolos dengan 1.142 bolos per perlawanan.