Bolehkah Arsenal Mara Ke Suku Akhir Champions League Mengikut Data Statistik Bola Sepak?

Selepas kekalahan 1-3 Arsenal kepada AS Monaco, kami ingin mengetahui apakah kebarangkalian Arsenal akan mara ke suku akhir Champions League. AS Monaco sudah pun menjaringkan 3 away goals, bermakna Arsenal perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol untuk mara.

Dengan barisan penyerang yang hebat seperti Alexis Sanchez, Mesut Ozil, Theo Walcott dan Olivier Giroud (ooops!), Arsenal mempunyai kapasiti yang besar untuk menjaringkan gol. Tetapi perlu diingat, kali terakhir AS Monaco bolos lebih daripada 2 gol adalah pada perlawanan Ligue 1 menentang Bordeaux pada 17 Ogos 2014, iaitu lebih kurang 6 bulan yang lepas. Jangan dilupa, Jeremy Toulalan pula akan kembali bermain pada 2nd leg di Stade Louis II nanti.

Apakah tahun ini Arsenal akan terkandas di pusingan kalah mati Champions League buat kali ke-5 berturut-turut?

Apakah tahun  ini akan menyaksikan AS Monaco melepasi peringkat 16 pasukan terakhir selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2003/04 (di mana mereka layak ke final sebelum tewas 0-2 kepada Porto yang dipimpin Jose Mourinho)?

Untuk menjawab soalan ini, kami beralih kepada statistik bola sepak.

Kami mengumpul data semua perlawanan timbal balik (home & away legs) dalam UEFA Champions League dan UEFA Europa League dari edisi 2011/12. Kemudian, kami mengira kebarangkalian pasukan yang mara berdasarkan keputusan 1st leg.

Berikut merupakan datanya:

statistikbola

(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Bagaimana cara untuk membaca data statistik bola sepak ini?

Awal pagi tadi, Arsenal kalah 1-3 di halaman sendiri. Berdasarkan data statistik ini:

  • Sudah 27 perlawanan timbal balik Champions League dan Europa League berkesudahan kekalahan 1-3 kepada pasukan tuan rumah.
  • Dalam 27 perlawanan tersebut, tiada pasukan tuan rumah yang berjaya mara ke pusingan seterusnya. Kebarangkalian untuk Arsenal mara ke pusingan seterusnya adalah 0.0%.
  • Semua 27 perlawanan tersebut tidak diheret ke penentuan penalti.
  • Dalam 27 perlawanan tersebut, semua pasukan pelawat berjaya mara ke pusingan seterusnya. Kebarangkalian untuk AS Monaco mara ke pusingan seterusnya adalah 100%.

Jadi adakah Arsenal sudah pasti tersingkir dalam Champions League?

TIDAK. Walaupun data statistik ini mengatakan Arsenal pasti tersingkir, anda harus ingat bola itu bulat. Apa-apa juga mungkin terjadi. Data statistik ini hanya menunjukkan kebarangkalian sahaja. Lagipun sampel data dalam statistik ini masih terlalu kecil (siapa yang belajar statistik akan faham apa yang kami tulis ini).

giphy (1)

 

Apakah nasib pasukan lain?

PSG (1 – 1) Chelsea: Kebarangkalian Chelsea untuk mara adalah 57.4%

Shakhtar Donetsk (0 – 0) Bayern Munchen: Kebarangkalian Bayern Munchen untuk mara adalah 57.6%

Schalke 04 (0 – 2) Real Madrid: Kebarangkalian Real Madrid untuk mara adalah 96.1%

FC Basel (1 – 1) FC Porto: Kebarangkalian FC Porto untuk mara adalah 57.4%

Man City (1 – 2) Barcelona: Kebarangkalian Barcelona untuk mara adalah 84.2%

Juventus (2 – 1) Borussia Dortmund: Kebarangkalian Juventus untuk mara adalah 56.1%

Bayer Leverkusen (1 – 0) Atletico Madrid: Kebarangkalian Bayer Leverkusen untuk mara adalah 59.2%

 

Berdasarkan data statistik bola sepak ini, pasukan apakah yang hampir pasti melangkah ke pusingan suku akhir Champions League?

statistikbola2

(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Kesimpulan

Statistik bola sepak sebegini bukanlah penentu muktamad nasib sesebuah pasukan. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam hidup ini. Apatah lagi dalam bola sepak. Persembahan pasukan boleh meningkat dan menurun dalam masa 45 minit, apatah lagi dalam masa 2 minggu. Tetapi data statistik bola sepak ini memberi gambaran awal prospek setiap pasukan untuk melangkah ke suku akhir Champions League 2014/15. Sebagaimana ahli ekonomi yang menggunakan data statistik untuk meramal prestasi ekonomi sesebuah negara.

Baca juga: Bagaimana Kami Meramal Karier Totti Dengan Statistik

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN