Dalam segmen statistik kali ini, kami akan menyenaraikan pemain paling kreatif yang berada dalam senarai 4 teratas untuk bantuan gol.
Ia melibatkan 5 liga utama Eropah iaitu, La Liga, EPL, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1. Data adalah dari musim 2014/15 sehingga tarikh artikel ini ditulis.
Maklumat ini kami perolehi daripada statistik opta dari Squawka. Ini adalah senarai mereka.
4. Angel Di Maria – 35 bantuan gol
Angel Di Maria menjadi pemain penting di PSG sejak menyertai Manchester United. Walaupun kurang menjadi bersama dengan Manchester United, pemain ini tetap mampu berada dalam 4 teratas.
Beliau melakukan 34 bantuan gol sejak 2014/15. Beliau kembali menjadi pemain elit di arena bola sepak.
3. Luis Suarez – 36 bantuan gol
Luis Suarez menjadi salah seorang no.9 terbaik dunia ketika di Liverpool dan Barcelona.
Namun beliau membuktikan beliau bukan sekadar penjaring gol. Malah, Suarez juga seorang pencipta gol yang terbaik di Eropah buat masa ini.
36 bantuan gol sejak musim 2014/15 untuk seorang no.9 adalah rekod luar biasa. Beliau satu-satunya no.9 yang berada dalam senarai ini.
2. Kevin De Bruyne – 38 bantuan gol
De Bruyne pernah menjadi rekod perpindahan termahal dalam bola sepak Inggeris. Pemain ini adalah bekas pemain Chelsea.
Menjadi pemain penting ketika di Bundesliga terutama sekali ketika bersama Wolfsburg. De Bruyne turut menjadi pemain utama ketika era Guardiola di Etihad.
Sehingga kini, beliau sudah melakukan 38 bantuan gol dalam liga utama Eropah sejak musim 2014/15.
1. Lionel Messi – 39 bantuan gol
Jika anda menganggap pemain ini bermain individu dan mementingkan diri sendiri, anda boleh buang label itu.
Messi telah melakukan 39 bantuan gol sejak 2014/15. Menjadikan beliau sebagai pemain paling kreatif di liga utama Eropah.
Messi juga boleh bermain dengan baik dalam sistem yang kerap beruba-ubah semasa era Luis Enrique.
Baca juga: Analisis; Statistik Memphis Depay Selepas 8 Perlawanan Di Lyon, Mengagumkan!