Stanley Bernard Tentang Khabar Angin Ifedayo, “Kita Sudah Ada Haqimi”

Stanley Bernard jamin Haqimi Azimi Ifedayo tak masuk
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard pantas menafikan khabar angin tentang penyertaan Ifedayo Olusegun ke dalam pasukan.

Ia timbul berikutan kemungkinan terdapat slot untuk pemain import jika proses naturalisasi dua pemain, Paulo Josue dan Romel Morales selesai.

Ifedayo dilihat masih tiada pasukan selepas Melaka United dinafikan lesen untuk beraksi di saingan Liga Malaysia 2023 akibat masalah tunggakan gaji. Malah, masih belum ada khabar yang pasukan luar negara menyambarnya.

Berstatus sebagai penjaring terbanyak Liga Super dua musim berturut-turut – musim 2020 dan 2021, ia menimbulkan persoalan tiada pasukan tertarik.

KL City seperti yang diketahui sedikit bermasalah di jentera serangan saban musim. Mungkin disebabkan itu, penyerang sensasi itu telah dikaitkan.

Setakat ini, The City Boys membawa masuk dua mesin gol iaitu Herlison Caion dan Kipre Tchetche yang diketahui memiliki sentuhan pemusnah di depan gol. Terpulang kepada pengendali, bagaimana untuk mengadunnya.

Tentunya Bojan Hodak sudah memiliki ramuan untuk memperbaiki jentera serangannya dengan penyertaan dua pemain import tersebut musim ini.

Bercakap kepada Flash Sukan, Stanley seolah-olah memberi jaminan yang pemain skuad kebangsaan, Haqimi Azim Rosli bakal diberikan lebih ruang.

Tidak ada Ifedayo, kita pun sudah ada Haqimi. Saya begitu sukakan Haqimi,” ujarnya menjawab kepada desas desus penyertaan Ifedayo ke KL City.

Haqimi menyerlah ketika bersama Harimau Malaya di saingan Piala AFF 2022 yang menyaksikan beliau berhasil mencetak satu gol ketika mengatasi Laos 5-0 di peringkat kumpulan. Beliau melakar empat kaps kebangsaan.

Kepercayaan pengendali skuad negara, Kim Pan-gon memberi petanda yang pemain berusia 19 tahun itu memiliki masa depan yang amat cerah.

Namun, perkembangannya boleh terbantut jika beliau tidak diberikan ruang untuk mengumpul minit permainan di pentas Liga Super musim baru ini.

Semuanya BOLA pernah mempersoalkan nasibnya selepas KL City sah membawa masuk tiga penyerang, Caion, Kipre dan Patrick Reichelt. Adakah beliau akan ada masa dan peluang untuk turun mempamerkan potensinya?

Pengenalan sembilan pemain import mungkin akan mengganggu proses perkembangannya, namun dengan jaminan Stanley, beliau boleh menarik nafas lega. Dan mungkin atas sebab itu beliau kekal di Lembah Klang.

Musim lalu menyaksikan Haqimi telah mencipta 18 penampilan – 434 minit permainan, bersama pasukan dalam penampilan sulungnya, termasuk ketika saingan Piala AFC dan menjaringkan dua gol secara keseluruhan.

Adakah benar KL City akan memberi ruang buat Haqimi untuk berkembang dengan tidak membawa masuk Ifedayo seperti mana jaminan Stanley?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN