Quantcast

BERITA

‘Stamping’ Dan Bola Sepak Malaysia, Jangan Biarkan Ia Membarah!

Isu stamping seakan-akan isu baru di dalam negara kita. Masih ramai penyokong bola sepak yang mempertahankan sesetengah stamping challenge atas alasan:

“Alah, sikit je pun!”

“50-50 la!”

“Tak kena pun!”

Isu stamping ataupun istilah memijak ataupun menapak pemain lawan adalah benda yang serius. Ianya adalah kesalahan kad merah.

Di bawah ini mungkin contoh yang nyata dan memang kad merah:

Lihat pula cabaran daripada Lampard ini yang cuba menggunakan tapak kasutnya untuk menghadang Xabi Alonso:

Adakah anda akan berhujah, ‘ala, tak kena pun, mana ada impak?'”

Lihat pula pengadil di bawah ini yang melayangkan kad merah kepada Gerrard kerana dia memijak Hererra. Gerrard berbuat demikian kerana bertindak balas kepada ‘tackle’ keras daripada Hererra.

Gerrard tetap kad merah walaupun Hererra memang melakukan bentesan yang merbahayakan. Bezanya, Gerrard memijak! Kad merah tetap kad merah walaupun anda baru di padang beberapa minit.

Ok, sekarang ini kita lihat pula bagaimana Ibrahimovic menarik niat dia saat-saat akhir untuk menapak lawan. Dia awalnya kelihatan mahu melakukan stamping challenge tetapi saat-saat akhir menarik ‘stud’ dia ke belakang.

Merah tetap merah! Kerana pengadil menilai ‘niat’ beliau dalam situasi pengadil melihat dia melompat untuk melakukan bentesan.

Insiden Rizal Ghazali dan Fakhrurazi Musa

Isu stamping ini menjadi panas ketika Rizal Ghazali menumbuk pemain T-Team, Fakhrurazi Musa yang cuba menapak beliau.

Dalam pengadilan tersebut pengadil melayangkan kad merah kepada Rizal Ghazali dan hanya kad kuning kepada Fakhrurazi dalam keadaan pengadil pada kedudukan jelas.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Saya pernah menulis bahawa, kad merah Rizal adalah tepat dan pada masa yang sama, Fakhrurazi Musa juga harus dilayangkan kad merah.

Agak mengecewakan apabila alasan yang dikeluarkan pengadil, kerana pijakan/tapakan Fakhrurazi itu tidak kena dan ia adalah 50-50. Jadi, pada awalnya, ada beberapa pihak menyatakan tindakan pengadil adalah tepat.

Adakah kita menunggu terjahan seperti itu betul-betul kena dang mengakibatkan keting pemain patah baru kita anggap ia bahaya?

Ini adalah penjelasa daripada Subkhiddin Mohd Salleh tentang isu ini. Saya seringkali menjadikan beliau sebagai rujukan untuk isu pengadil. Tetapi pada saat ini saya memilih untuk ‘split opinion’.

Ini kerana, beliau menilai bentesan Fakhrurazi itu memang bahaya (reckless) tetapi tidak kena tepat jadi, pengadil adalah betul melayangkan kad kuning sahaja. Baca penjelasan beliau:

“Dalam perlawanan tersebut yang berlangsung malam tadi, rata-rata ‘penganalisis’ menyarankan supaya kedua-dua pemain diberikan kad merah. Adakah saranan ‘penganalisis’ lebih tepat berbanding keputusan pengadil pada perlawanan tersebut?

Terdapat dua kesalahan yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain pada satu tempoh masa yang sama.

– Pemain T-Team diberikan kad kuning atas kesalahan ‘reckless tackle’.

“Reckless is when a player acts with disregard to the danger to, or consequences for, an opponent and must cautioned.” (page 81)

– Pemain Kedah diberikan kad merah kerana kesalahan berkelakuan ganas, apabila beliau bertindak memukul pemain lawan.

“Violent conduct is when a player uses or attempts to use excessive force or brutality against an opponent when not challenging for the ball, or against a team-mate, team official, match official, spectator or any other person, regardless of whether contact is made. In addition, a player who, when not challenging for the ball, deliberately strikes an opponent or any other person on the head or face with the hand or arm, is guilty of violent conduct unless the force used was negligible.” (page 88)

“Setelah meneliti video, saya dapati kedua-dua pemain berpeluang untuk memainkan bola tetapi sudah tentu dalam corak yang berlainan. Pemain Kedah berpeluang untuk melakukan hantaran (passing) kepada rakan sepasukan secara adil, manakala pemain T-Team pula berusaha untuk menghalang pergerakan pemain Kedah.”

“Malangnya usaha pemain T-Team tersasar dan tindakan ‘rekless’ yang dilakukannya hampir mengenai tepat ke kaki pemain lawan.”

“Rizal Ghazali memukul kepala pemain T-Team Fakrurazi Musa. Pengadil sudah tentu perlu melayangkan kad merah jika sekiranya cabaran dengan kaki (kasut bola berstud) mengenai tepat ke bahagian kaki pemain Kedah.”

“Bagaimanapun, pada insiden berkenaan cabaran/tackle yang dilakukan oleh pemain T-Team tidak seperti yang dimaksudkan, ianya sama ada tersasar atau hanya mengenai sebahagian kecil sahaja.”

“Oleh itu, tindakan Pengadil adalah tepat apabila memberikan kad merah kepada pemain Kedah (kesalahan berkelakuan ganas) dan kad kuning kepada pemain T-Team disebabkan kesalahan reckless yang dilakukan sewaktu melakukan cabaran terhadap pemain lawan. “

Fakhrurazi hanya digantung 1 perlawanan keranan mengutip 3 kad kuning.

Fakhrurazi Musa

Tidak lama selepas itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu telah mengeluarkan kenyataan rasmi keputusan mesyuarat tatatertib pada 3 Mei 2017.

Beliau menyatakan kesalahan Fakhrurazi adalah ‘malicious’ dan digantung 3 perlawanan untuk kesalahan itu.

“Kesalahan dilakukan ketika perlawanan Liga Super, Perak lwn T-Team di Stadium Perak, Ipoh pada 8 April 2017.”

“Fakhrurazi Musa telah melakukan kesalah di bawah Artikel 59, Kod Tatatertib FAM berkenaan kelakuan yang menyinggung & fair play apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan.”

“Ini menyebabkan pemain ini Digantung 3 perlawanan (Liga Super: Kedah vs T-Team, 24 Mei 2017; Liga Super: Selangor vs T-Team, 1 Julai 2017 & Liga Super: T-Team vs Kelantan, 11 Julai 2017).”

Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku kerana selepas itu semakin ramai penyokong kita yang mengkaji sendiri apa itu stamping challenge. Lihat pula apa yang dilakukan Afiq Fazail di sini:

Sekali lagi badan pengadilan kita seakan-akan tidak mampu membuat keputusan yang segera dan tegas di dalam situasi seperti ini. Ia adalah kesalahan menapak yang jelas.

Tiada alasan, walaupun anda menyatakan Sumareh mengenakan tekanan kepada beliau. Lihat pula aksi kungfu seperti ini.

Semalam, dalam perlawanan Malaysia menentang Hong Kong, agak mengecewakan apabila pemain berpengalaman seperti Safiq Rahim melakukan kesalahan memijak pemain lawan.

Namun yang jelas, semakin ramai penyokong kita tidak terlalu taksub membela pemain yang melakukan kesalahan yang jelas.

Kita mengkritik bukan kerana kita benci kepada mereka. Tetapi kerana kita mahukan mereka memegang etika profesionalisme di dalam padang.

Tetapi, ia bukan alasan untuk kita menyerang mereka lebih daripada alasan bola sepak sehinggakan melibatkan keluarga mereka. Itu tidak betul!

Semoga pemain-pemain kita lebih prihatin terhadap isu ini. Stamping challenge boleh mengakibatkan karier berakhir jika ia dilakukan dengan kadar impak yang tinggi.

Jika ia dilakukan dengan impak yang rendah, pengadil tetap melayangkan kad merah kerana ia kesalahan tidak profesional.

Jangan biarkan ia membarah! Oleh itu, pemain-pemain harus juga menguatkan aspek mental, rohani dan spiritual selain daripada kecergasan fizikal.

Ramai pemain berbakat di dunia ini gagal menjadi pemain terbaik kerana panas baran. Kami sentiasa menyokong anda selagi-lagi anda berjuang atas nama Malaysia.

Namun musim ini FAM aktif menggunakan pengadilan selepas perlawanan. Itu saya sambut baik. Beberapa insiden yang tidak dikenakan hukuman di padang, akan dikenakan tindakan selepas perlawanan.

Jadi, semua pihak harus tegas dan pemain-pemain harus berdisplin dalam hal ini.

Nota editor: Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili suara organisasi semuanyaBOLA.