Quantcast

BERITA

Arturo Vidal Ikut Jejak Jurulatih, Umumkan Persaraan Selepas Gagal Bantu Chile

Berita yang kurang enak untuk didengar penyokong Chile dan juga juga penyokong neutral. Ini kerana Vidal dikenali dengan kemampuan beliau menaikkan motivasi rakannya di dalam padang meskipun berhadapan dengan pasukan yang lebih kuat.

Vidal menjadi pemain penting dalam generasi emas Chile yang mengecapi kejayaan terbesar di dalam sejarah mereka. Namun pemain berusia 30 tahun ini mengumumkan persaraan beliau daripada pasukan kebangsaan.

Ini berikutan kegagalan beliau membantu Chile mara ke Piala Dunia 2018 selepas tewas di tangan Brazil 3-0 dalam perlawanan terakhir. Vidal memberitahu yang keputusan bersara ini seperti rasa tercabut nyawa.

Brazil terus menjadi halangan utama Chile. Brazil menyingkirkan Chile dalam Piala Dunia 2010 dan 2014 kedua-duanya di peringkat 16 akhir. Beliau menulis di twitter:

“Terima kasih semua, untuk segalanya, untuk tahun-tahun kita bersama… kerana mengajar saya dan menunjukkan kepada negara kita bahawa dengan segala usaha dan kerja keras, tiada yang mustahil.”

Pengurus Chile, Juan Antonio Pizzi juga mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak selepas kecewa gagal membantu Chile ke Piala Dunia.

Ia pastinya kehilangan besar kepada bola sepak Chile selepas ini. Ini kerana, 2 watak ini adalah watak penting dalam kegemilangan bola sepak Chile.

Nampaknya, Piala Dunia 2018 nanti tanpa salah satu pasukan yang dianggap ‘giant killer’. Mereka ada DNA itu sejak dahulu lagi. Pasti kita akan merindui Chile.