Stadium Nou Camp Akan Ditutup Sepenuhnya Jika Ada Sorakan Anti-Sepanyol

La Liga mengeluarkan memo yang menyatakan sebarang sorakan menghina dan mencetus provokasi akan dianggap sebagai satu kesalahan, kerana ia mampu mencetuskan keganasan yang boleh berlaku di dalam serta di luar stadium.

Pasukan juga boleh didenda jika melakukan kesalahan sama secara berulang, dengan pasukan berdepan penutupan stadium jika kesalahan terbabit terus dilakukan.

Hal ini disahkan oleh Presiden La Liga, Javier Tebas yang menegaskan, penyokong Barcelona bebas bersorak untuk meraikan kemerdekaan Catalonia, namun sebarang sorakan yang ‘menghina’ Sepanyol akan membawa kepada penutupan sementara Stadium Nou Camp.

“Sorakan terhadap kemerdekaan tidak dianggap sebagai tindakan yang menghina atau mampu mencetuskan keganasan.

“Namun sorakan seperti ‘Celaka lah Sepanyol, Catalonia atau Andalusia’ adalah satu kesalahan. Jika persekutuan Sepanyol melihat sorakan terbabit perlu dihukum dan badan yang terbabit juga bersetuju dengan pendapat itu, badan liga boleh mengarahkan Nou Camp supaya ditutup sepenuhnya.” jelas Tebas.

Penyokong Barcelona menaikkan banner ” Catalonia is not Spain” ketika perlawanan La Liga di Nou Camp. Gambar : Image EPA

Pelbagai aksi pro-pembebasan semakin berleluasa di stadium terbabit selepas halangan referendum pemisahan Catalonia dari Sepanyol pada 1 Oktober lalu, sekali gus mewujudkan provokasi antara kerajaan Sepanyol dengan wilayah itu.

Badan pengendali liga itu jelas tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan anti-sosial, selepas insiden penyokong Deportivo La Coruna dibunuh penyokong Atletico Madrid sebelum perlawanan dua pasukan itu di ibu kota Madrid pada 2014.

Presiden La Liga, Javier Tebas arahkan Nou Camp ditutup jika penyokong Barcelona terus melakukan provokasi. Gambar : AFP

“Isu kemerdekaan ini sudah berakhir tetapi apa yang terjadi baru-baru ini akan memberi kesan buruk kepada Barcelona.

“Saya tahu ramai orang tak suka dengan apa yang terjadi walaupun ianya hanya 0.01 peratus,” katanya.

Musim lalu, Sportin Gijon diarahkan menutup sebahagian stadium El Molinon untuk satu perlawanan, sebagai hukuman selepas penyokongnya mengeluarkan penghinaan berbaur perkauman terhadap pemain sayap Athletic Bilbao, Inaki Williams.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN