Lesen Piala AFC: FMLLP Bertanggunjawab Tentukan Slot, KFA Akui Sambil Lewa

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul memberitahu yang penentuan slot ke Piala AFC adalah di tangan pihak penganjur liga iaitu FMLLP.

AFC setakat ini berpuas hati dengan penilaian FMLLP dalam menentukan sesuatu kelab itu layak atau tidak bertanding dalam Piala AFC. FMLLP telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh AFC.

Sebelum ini, FMLLP dikhabarkan akan memberikan slot kedua mengiringi JDT ke Piala AFC kepada pasukan Pahang. Ini selepas KFA gagal mendapatkan lesen Piala AFC.

Beberapa hari lalu, Kevin Ramalingam memberitahu beliau tidak boleh komen lebih lanjut dan menunggu keputusan FAM untuk isu ini.

Pihak KFA dilaporkan telah mengemukakan rayuan kepada FAM dan mahu berjumpa dengan Presiden FAM untuk membantu mereka mendapatkan slot kejohanan antarabangsa itu.

Gambar: Nizam Rahman/Asiana

Dalam satu kenyataan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Jeffrey Low kepada Astro, beliau tidak menyalahkan FAM 100% dalam hal ini.

Ini kerana menurut beliau, kesilapan berpunca daripada mereka sendiri yang agak sambil lewa dalam menyelesaikan isu perlesenan Piala AFC. Beliau berkata:

“Sepatutnya kami telah menyempurnakan prosedur yang ditetapkan oleh FAM tetapi ia telah dilengahkan. Jadi, penyertaan Kedah dalam saingan AFC musim depan dibatalkan.”

Isu lesen ini adalah di bawah seliaan Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar. Dalam permohonan yang dihantar beliau sebelum ini, ada beberapa dokumentasi dan aspek yang gagal memuaskan hati pengerusi badan rayuan pelesenan kelab FAM, Dr Wirdawati Mohd Radzi.

KFA melengah-lengahkan isu itu hingga ke tarikh akhir 16 Oktober lalu selepas diberi peluang kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN