Stadium Maracana Parah! Elektrik Dipotong, Dirompak Dan Tidak Diselenggara!

Stadium Maracana adalah stadium bola sepak yang terkenal di dunia. Ia terletak Rio de Janeiro, Brazil. Jarang peminat bola sepak tidak tahu akan Stadium Maracana yang penuh sejarah dan tradisi ini.

Ianya adalah venue perlawanan akhir Piala Dunia 2014 serta stadium yang menjadi hos utama sukan Olimpik 2016.

Namun berita yang kurang enak didengar apabila stadium ini dipotong bekalan elektrik pada Khamis lalu. Syarikat pembekal elektrik di Brazil, Light mengesahkan maklumat itu.

Mereka terpaksa memotong bekalan elektirk kerana pihak pengurusa stadium Marcana masih  itu berhutang 3 juta Brazillian Reals  atau sekitar $940,000.

Pecahan $410,000 daripadanya adalah ditanggung oleh konsortium yang menguruskan stadium tersebut yang diketuai oleh syarikat pembinaan Odebrecht.

Selebihnya lagi adalah hutang daripada jawatankuasa tempatan yang menguruskan sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.

Main tarik tali

Beberapa minggu lepas terdapat laporan menyatakan Oderbrecht sudah tidak mampu menguruskan stadium itu lagi dan meminta pihak berkuasa (kerajaam) di Rio De Janerio untuk mengambil alih.

Kerajaan telah mengisytiharkan “bencana kewangan” (financial calamity) melanda Brazil kerana mengutamakan bayaran untuk guru, jururawat, pekerja awam, dan golongan pencen.

Orang dah cakap!

Hal ini telah dibantah oleh ramai rakyat Brazil sebelum ini. Mereka bukan anti kepada sukan ataupun bola sepak. Bagi mereka, bola sepak adalah sebahagian daripada hidup mereka.

Namun mereka merasakan negara mereka tidak mampu untuk menganjurkan Piala Dunia dan Sukan Olimpik kerana situasi ekonomi mereka.

Mereka membantah potongan peruntukan daripada sektor lain seperti pendidikan dan perubatan semata-mata untuk menyokong penganjuran sukan Olimpik dan Piala Dunia ini.


Baca juga: Mengapa World Cup 2014 Ditentang Rakyat Brazil Sendiri

Banyak bantahan dilakukan di jalanan. Namun kerajaan tetap yakin penganjuran 2 sukan tersebut akan membawa pulangan besar kepada perlaburan mereka.

Stadium Maracana sedang parah

Pihak pengurusan Light berkata, pihak pengajur Olimpik Rio masih ada tunggakan bil dari September dan Oktober 2016. Manakala Odebrecht menanggung tunggakan dari November, Disember dan Januari 2016.

Mario Andrada, jurucakap yang mewakili badan pengurusan Rio 2016 berkata:

“Light dan kami ada perjanjian yang berasingan. Mereka juga masih berhutang dengan kami wang sebagai penaja, dan kami pula masih berhutang duit elektrik dengan mereka.”

Andrada berkata pihak beliau dan Light akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan cara menolak bayaran elektrik daripada tunggakan wang penajaan yang dijanjikan Light.

Pada awalnya Light kurang gemar dengan cadangan itu kerana bayaran elektrik dan penajaan adalah 2 perkara yang berbeza di dalam peruntukan mereka. Namun akhirnya mereka akur!

Mana-mana pihak yang ada hutang baki selepas itu perlu menyelesaikannya segera.

Awal bulan ini juga, polis Rio berkata stadium itu kerap diceroboh pencuri yang mencuri set televisyen dan dua arca gangsa. Ianya termasuk arca wartawan Mario Filho, nama yang juga menjadi nama rasmi stadium tersebut.

Foto dalam stadium menunjukkan kerusi rosak, cat mengelupas, dan padang bola sepak menjadi warna perang kerana kekurangan air.

Maracana adalah salah satu daripada beberapa kompleks sukan di Brazil yang bergelut dengan masalah kewangan sejak Sukan Olimpik berakhir.

Inilah yang dikatakan menang sorak, kampung tergadai!

Baca juga: 9 Memorabilia Bola Sepak Paling Mahal Di Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN