Penyokong Celtic Serah Cek Bernilai RM980 Ribu Kepada Rakyat Palestin

Penyokong Celtic derma sejumlah wang derma kepada rakyat negara tersebut.

Kutipan banyak

Penyokong Celtic derma dengan terdahulu menunjukkan sokongan mereka ketika aksi diantara Celtic dengan kelab Israel, Hapeol Beer Sheva di Celtic Park dengan mengibarkan bendera Palestin sebelum perlawanan berlangsung.

Ia menarik perhatian UEFA dan mereka mahu menghukum Celtic kerana itu.

Niat UEFA untuk menghukum Celtic itu mendapat perhatian warga Palestin. Dan mereka membuat keputusan untuk membantu kelab Scotland tersebut dengan mengutip derma untuk mengutip derma bagi membantu mereka membayar hutang UEFA.

Semalam, penyokong Celtic yang diketuai Green Brigade telah berkumpul di hadapan Celtic Park untuk satu sesi penyerahan wang derma yang ringkas.

Mereka menyerahkan sebuah cek yang berjumlah £176 ribu untuk dibahagikan kepada 2 badan kebajikan Palestin.

Dua badan tersebut adalah Lajee Refugee Centre dan juga Medical Aid for Palestine.

Dalam majlis ringkas itu juga, penyokong Celtic beramai-ramai berkumpul di hadapan Celtic Park untuk mendengar ucapan dari wakil Lajee Refugee Centre – Salah Ajarmaof.

Beliau menerangkan bagaimana pusat jagaan pelarian yang bertempat di Kem Pelarian Aida itu berfungsi.

Ia berfungsi sebagai anak-anak muda pelarian dengan pendidikan, tempat bersosial serta peluang untuk memajukan potensi diri.

Sementara bagi Medical Aid for Palestine pula adalah pusat yang menyediakan bantuan perubatan kepada pelarian-pelarian.

Cipta sejarah

Penyokong Celtic mempunyai lebih sebab untuk gembira pada hari tersebut apabila pasukan mereka menang 4-0 ke atas Heart of Midlothian (Hearts) dalam aksi Scottish Premiership.

Dalam perlawanan itu, Callum McGregor dan Patrick Roberts masing-masing menjaringkan 1 gol dengan Scott Sinclair menjaringkan 2 gol untuk pasukan tuan rumah.

Apa yang menarik dengan kemenangan ini adalah, Celtic berjaya memecahkan rekod 50 tahun yang dicipta oleh pasukan Celtic pada tahun 1967.

Rekod yang dicipta oleh Lisbon Lions itu merupakan rekod 26 perlawanan domestik tanpa kalah. Dan semalam, Celtic dibawah kendalian Brendan Rodgers tidak tewas dalam 27 perlawanan domestik.

Lisbon Lions merujuk kepada skuad Celtic yang memenangi European Cup pada tahun 1967.

Baca juga: Barcelona Seri Lawan Real Betis Selepas Gol Mereka Dinafikan Pengadil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN