Barcelona Seri Lawan Real Betis Selepas Gol Mereka Dinafikan Pengadil

Barcelona seri lawan Real Betis dalam aksi La Liga yang menyaksikan mereka keciciran mata dalam usaha mengejar Real Madrid di puncak liga.

Dalam perlawanan ini juga menyaksikan satu insiden kontroversi yang mengubah skrip perlawanan secara keseluruhannya.

Real Betis kuasai bilangan percubaan

Barcelona seri lawan Real Betis dalam aksi perlawanan yang menyaksikan mereka menguasai sebahagian besar perlawanan dari segi penguasaan bola.

Mereka menguasai bola dengan jumlah peratusan sebanyak 66% berbanding pasukan tuan rumah yang hanya menguasai 34% sahaja.

Namun dari segi percubaan, Real Betis lebih menguasai perlawanan.

Mereka mencipta 17 percubaan ke arah pintu gol. Dengan 7 daripadanya adalah percubaan tepat ke arah pintu gol.

Barcelona pula hanya melakukan 10 percubaan ke arah pintu gol dengan hanya 4 percubaan sahaja ke arah pintu gol.

Dinafikan

Drama perlawanan ini bermula ketika permainan memasuki 15 minit terakhir.

Semuanya bermula apabila Real Betis berjaya mendahului permainan menerusi gol dari Alex Alegria yang menanduk masuk bola hasil dari sepakan penjuru.

Namun begitu, gol itu tidak diterima oleh pasukan lawan apabila mereka merasakan Alegria seolah mengasari Gerard Pique yang mengekorinya.

Drama perlawanan ini memasuki babak keduanya apabila Barcelona mula menyerang untuk mencari gol penyamaan.

Usaha mereka berhasil apabila Luis Suarez berjaya menjaringkan gol, namun bola rembatannya berjaya dikeluarkan oleh Aissa Mandi di atas garisan gol.

Apa yang menyebabkan Suarez dan semua pemain Barcelona berang adalah kerana bola itu secara keseluruhannya telah melepasi garisan gol dan ia adalah gol yang sah!

Namun, pengadil tidak memberikan gol tersebut kepada Barcelona.

Usaha mereka mencari gol berhasil apabila Suarez menjaringkan gol diminit ke-90 untuk mencuri 1 mata dari tempat lawan.

Insiden ini pasti menimbulkan kontroversi dan petanda kepada La Liga untuk mewujudkan teknologi garisan gol di liga tersebut.

Hal ini kerana, di La Liga teknologi garisan gol masih lagi tidak digunakan seperti yang telah dilakukan oleh rakan mereka di Premier League.

Kesebelasan utama

Real Betis: Antonio Adan (penjaga gol & kapten), Riza Durmisi, Alin Tosca, Aissa Mandi, German Pezella, Cristiano Piccini, Ruben Pardo, Petros, Dani Ceballos, Alex Alegria, Ruben Castro

Barcelona: Marc-Andre Ter Stergen (penjaga gol), Aleix Vidal, Gerard Pique, Jeremy Mathieu, Lucas Digne, Denis Suarez, Ivan Rakitic, Arda Turan, Neymar, Lionel (kapten), Luis Suarez

Baca juga: Tuchel Jawab Isu Dortmund Dituduh Pusat Jagaan ‘Kanak-Kanak’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN