Kompleks Sukan Maracana di Rio de Janeiro termasuk stadiumnya yang cukup terkenal akan dijadikan sebagai hospital sementara untuk membantu memerangi panularan wabak coronavirus (COVID–19), kata pihak berkuasa negeri pada Khamis.
Dengan kes COVID-19 dilihat semakin serius di Brazil sehingga mencecah 2,900 kes, kerajaan negeri menerima cadangan untuk menggunakan kemudahan sukan tersebut.
Setakat ini 77 orang pesakit telah meninggal dunia disebabkan wabak berkenaan sekalipun Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sebelum ini berulang kali memperlekehkan keseriusan penyakit tersebut dengan membandingkan dengan ‘selesema biasa’.
After far-right President Jair Bolsonaro calls for Brazilian state governments to reopen schools and commerce and ignore the "little flu" of coronavirus, 25 of 27 governors announce they will ignore him and maintain lockdowns.https://t.co/33dC2AuvJB pic.twitter.com/hBLE01Eg7I
— BrianMier (@BrianMteleSUR) March 25, 2020
Di peringkat negeri, gabenor telah mengeluarkan arahan kawalan pergerakan kepada penduduk dan berusaha keras untuk menambah fasiliti dan kemudahan perubatan.
Bagaimanapun langkah tersebut telah mendapat kritikan Bolsonaro yang mengatakan tindakan itu akan menjejaskan hasil negara kerana Rio merupakan bandar dengan kuasa ekonomi terbesar di Amerika Selatan.
Selain Stadium Maracana, Stadium Pacaembu milik pasukan Sao Palo dan juga Stadium Mane Garrincha di Brasilia juga telah dijadikan pusat perubatan sementara memandangkan Kesatuan Bola Sepak Brazil (CBF) telah menangguhkan semua pertandingan.
Brazil's iconic Maracana stadium, is among other stadiums, which are being converted into a field hospital to treat Covid-19 patients
— VBET News (@VBETnews) March 24, 2020
[@cnni] pic.twitter.com/R9CKvFqBIy
The Maracana pernah digunakan sebagai venue untuk perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 serta majlis pembukaan dan penutup Sukan Olimpik 2016.
Pihak berkuasa Rio berkata mereka masih belum memutuskan berapa banyak katil rawatan yang akan ditempatkan di Stadium Maracana dan tidak dapat dipastikan juga sama ada hospital sementara itu akan digunakan di bahagian mana.
Dengan kepadatan melebihi enam juta penduduk, dijangka sebanyak enam buah hospital akan dibangunkan.