Neymar bersama rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG) Thiago Silva sempat meninggalkan Perancis akibat penularan wabak Coronavirus sebelum negara itu mengumumkan ‘lockdown’.
PSG sebelum itu memberikan kebenaran kepada pemainnya meninggalkan negara tersebut untuk tujuan mengasingkan diri dari umum dan berada di rumah sebelum Perancis mengeluarkan arahan ‘lockdown’ berkuatkuasa 12 tengah malam Selasa (waktu tempatan).
Beberapa pemain seperrti Neymar dan Silva memutuskan untuk balik ke negara asal mereka, namun ia dilakukan dengan kebenaran kelab.
The @ChampionsLeague is temporarily suspended, pending the end of the health crisis https://t.co/jRmYwOGYyR
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 17, 2020
Isteri kepada Silva, Isabele sebelum itu mengesahkan pasangan tersebut berada di Paris pada awal pagi Selasa. Namun sumber daropada ESPN mengesahkan pasangan tersebut telah kembali ke Brazil selepas itu.
Pemain dan kakitangan kejurulatihan yang lain juga turut memlih untuk kembali ke tempat asal masing-masing, namun terdapat di kalangan mereka masih memilih untuk kekal di ibu kota Perancis itu sahaja.
Antaranya pemain pertahanan, Marquinhos yang memilih untuk terus berada di Paris dan tidak terbang balik le Brazil.
Club Statement –
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 13, 2020
Paris Saint-Germain will adjust activities and operations by taking the necessary measures for the health of all concerned.
Full statement 👇https://t.co/L55eC1KOam
Walaupun terdapat sekatan gerakan akibat coronavirus, pemain PSG diarahkan untuk mengekalkan kecergasan masing-masing sepanjang tempoh rehat ini.
Pihak kelab bagaimanapun belum menentukan bilakah latihan akan dimulakan kembali,
Tatkala liga bola sepak utama di seluruh eropah yakin saingan domestik masing-masing boleh diteruskan pada minggu pertama April, tiada tarikh telah ditetapkan untuk saingan domestik di Perancis akan disambung kembali.