Stadium baharu Kedah akan dibina tidak lama lagi dan usaha ke arah itu sedang giat dilakukan.
Menurut sumber Bernama, beberapa kertas kerja mengenai pembinaan stadium telah diterima oleh kerajaan negeri dan ia cuma menunggu masa untuk dimuktamadkan.
Berpindah luar Alor Setar
Namun begitu, pembinaan stadium baharu ini akan menyaksikan pemindahan lokasi untuk gelanggang rasmi pasukan Kedah pada masa akan datang.
Ini kerana pembinaan stadium itu memerlukan ruang yang luas kerana bukan stadium sahaja yang akan dibina. Malah tapak perniagaan. gerai makan dan pusat sukan turut akan dibina.
Tujuan pembinaan stadium ini dibina adalah kerana mahu menyelesaikan masalah pasukan Kedah dengan kehadiran penyokong yang semakin meningkat.
Cadangan awal adalah mahu untuk membina stadium berkapasiti 60 ribu tempat duduk bagi menggantikan Stadium Darul Aman yang mempunyai kapasiti 30 ribu sahaja.
1 daerah 1 tarikan
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah beliau mahukan setiap daerah di Kedah mempunyai tarikan yang tersendiri.
“Kita nak setiap daerah di Kedah punya tarikan tersendiri. Jika Sungai Petani bakal ada litar lumba, biarlah daerah lain ada stadium baharu untuk pasukan Kedah.”
Jadi penyokong Kedah, apa pendapat anda mengenai cadangan stadium baharu ini?
Baca juga: Antoine Griezmann Tak Akan Ke Manchester United Jika Gagal Ke UCL