Antoine Griezmann Tak Akan Ke Manchester United Jika Mereka Gagal Ke UCL

Antoine Griezmann tidak akan ke Manchester United sekiranya mereka gagal untuk ke saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Berikut adalah apa yang disuarakan oleh Andy Brassell yang merupakan seorang wartawan bola sepak Eropah ketika ditemu ramah oleh radio UK – BBC Radio 5 Live

Tak akan pergi

Gosip pemindahan Griezmann dari Atletico Madrid ke Manchester United sudah lama dibincangkan. Malah, ada sumber yang mengatakan yang Griezmann sudah selangkah lagi dari menandantangani kontrak bersama kelab England itu.

Malah, ada juga cerita mengatakan yang pemain termahal Manchester United iaitu Paul Pogba selalu memujuk rakan sepasukan beliau dalam skuad Perancis itu untuk bermain di Manchester United bersama-sama dengannya.

Namun ada satu perkara yang akan memusnahkan impian Manchester United untuk mendapatkan khidmat Griezmann – UEFA Champions League.

“UEFA Champions League sangat penting buat Griezmann.”

Selain itu, hubungan rapat beliau dengan Diego Simeone membuatkan beliau sukar untuk berpisah dengan pengurus tersebut.

“Hubungan beliau dengan Simeone cukup untuk mengambarkan segala-galanya. Beliau mungkin akan kekal di Atletico Madrid untuk satu lagi musim terutamanya di stadium baharu mereka.”

Griezmann terdahulu pernah berkata kepada media yang beliau tidak mahu diserang oleh pihak media mengenai masa depan beliau.

“Cuba letakkan saya dalam situasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, media tidak tanya pun ke mana mereka akan pergi sebab media tahu mereka akan kekal di situ. Begitu juga dengan saya.”

Jadi, jumlah perpindahan yang tinggi mungkin bukan perkara utama dalam perpindahan Griezmann. Namun, perkara-perkara lain seperti UEFA Champions League merupakan keutamaan Griezmann.

Brasell juga menyatakan ada kemungkinan yang Pogba dan Griezmann tak akan serasi bermain di Manchester United dari segi taktikal.

“Saya lihat Pogba lebih selesa bermain dalam formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 dengan kurangnya tugas untuk bertahan. Sementara Griezmann lebih ampuh dengan formasi 4-4-2.”

Baca juga: Terengganu Dan Kuantan FA Mara Ke Pusingan Ke-3 Piala FA 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN