Sri Pahang Tunggu Keputusan Akhir Dibuat Brendan Gan

Sri Pahang ketika ini dilaporkan menjadi antara pasukan begitu serius untuk cuba mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan iaitu Brendan Gan bagi saingan musim 2024/2025.

Terdahulu, Gan secara rasminya tidak lagi bersama Selangor selepas pasukan itu sudah pun membuat pengumuman menerusi media sosial milik mereka bersama pelbagai komen daripada para peminat mengenai situasi tersebut.

Nama Gan ketika ini boleh dianggap suatu tumpuan besar dalam kalangan para penyokong kerana sentuhan beliau di posisi tengah jelas masih lagi berada dalam kelas tersendiri.

Walaupun sudah semakin berusia, secara keseluruhan beliau masih menjadi antara pemain tengah paling berpengaruh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) serta dibuktikan pada pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Maka tidak hairan banyak kelab termasuk Sri Pahang sendiri menyimpan hasrat untuk cuba mendapatkan khidmat pemain berpengalaman tersebut untuk musim hadapan.

Apatah lagi pasukan tersebut juga pastinya mahu memperbaiki kelemahan mereka pada musim lalu yang tampak longgar di posisi tengah bertahan sehingga konsistensi skuad kendalian Fandi Ahmad sedikit goyah.

Walaupun begitu, tanda tanya masih tercetus kini dalam kalangan peminat jika Gan akan menyertai Sri Pahang atau bakal mewakili pasukan lain pada saingan hadapan.

Menerusi satu perkongsian daripada Harian Metro, pemain tengah berpengaruh itu masih lagi belum memutuskan masa depannya untuk bersama Sri Pahang atau menandatangani kontrak bersama kelab lain.

“Memang ada perbincangan tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya kerana Sri Pahang berminat mendapatkan khidmat Brendan untuk memperkasakan jentera tengah pasukan itu.

“Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) hanya masih menunggu jawapan dan mengharapkan Sri Pahang menjadi pilihan Brendan,” jelas sumber tersebut melalui Harian Metro.

Selain dikaitkan bersama Sri Pahang, beberapa kelab lain juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Gan termasuk pasukan di Australia menerusi laporan di media sosial.

Untuk rekod, Brendan sebelum itu memulakan karier profesional beliau selaku pemain bola di Australia bersama beberapa kelab di sana sebelum tampil mewakili Sabah pada musim 2012 di Malaysia.

Selepas itu, Gan turut beraksi untuk Kelantan serta Perak sebelum sah menjadi pemain Selangor serta mencipta momentum tersendiri buat The Red Giants sehingga dirinya menjadi kesayangan para peminat.

Musim lalu menyaksikan Gan mencipta 27 penampilan secara keseluruhan buat Selangor dengan empat gol dihasilkan pemain itu bersama 10 bantuan jaringan di pentas domestik.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN