Sri Pahang Serah Tugas ‘Letup’ Gawang Kepada Pakar ‘Peledak’, Kpah Sherman

Kpah Sherman Sri Pahang 2023

Selepas tiga musim hanya mampu memendam rasa dengan prestasi, Sri Pahang kini mungkin lebih bersedia dengan kehadiran Kpah Sherman.

Ini kerana, rekod jaringannya di Liga Malaysia bukanlah sedikit. Daripada 120 penampilannya, beliau berjaya melakar 72 gol untuk tujuh musim.

Musim lalu, bersama Terengganu FC, Sherman berhasil merekodkan 13 gol – kedua terbanyak selepas Kipre Tchetche dengan 19 jaringan peribadi.

Pernahkah penyerang skuad kebangsaan Liberia ini mencatatkan bawah 10 gol semusim? Dua kali iaitu pada musim pertamanya di Malaysia bersama MISC-MIFA dengan tujuh gol dan pada musim 2020 bersama Kedah Darul Aman FC, juga dengan tujuh gol. Tetapi, ada sebab mengapa ia berlaku.

Beliau menyertai MISC-MIFA pada pertengahan musim menyaksikannya hanya beraksi dalam sembilan perlawanan. Dan pada musim 2020 bersama Kedah, beliau hanya beraksi 11 kali – Liga Super dipendekkan musimnya.

Jadi, sebagai penyerang, beliau layak diiktiraf sebagai pakar ‘peledak’ dan tentunya Sri Pahang akan bergantung dengan kebolehannya tersebut.

Sudah diketahui masalah Tok Gajah lebih berkisar tentang kemampuan penyerang mereka menghasilkan gol dalam beberapa perlawanan awal.

Ini juga menyaksikan mereka kerap menukar pemain import di jendela pendaftaran pemain kedua untuk memperbaiki kelemahan yang dikesan.

Selain itu, mereka hanya menamatkan musim di kedudukan ke-8 pada musim 2020, ke-10 (musim 2021) dan ke-7 pada kempen musim 2022.

Sherman dilihat jawapan kepada masalah mereka sekiranya bersandarkan rekod jaringannya sebelum ini. Beliau tiada masalah untuk meledak gol.

Malah, beliau juga akan bergandingan bersama penyerang yang dilihat bijak menyudahkan peluang di depan gol, Lucas Silva bekas pemain Penang FC.

Lucas Silva meledak enam gol dalam 11 penampilan selepas dibawa masuk pertengahan musim lalu oleh Penang, namun jodoh mereka tidak panjang.

Persefahaman dan kemantapan [Kpah] Sherman dan [Lucas] Silva mudah-mudahan dapat membentuk kombinasi terbaik buat pasukan di bahagian serangan. Walaupun belum mencapai 100 peratus, pengalaman mereka membantu termasuk kerjasama rakan sepasukan,ungkap Fandi Ahmad.

Bercakap kepada Harian Metro, Fandi jelas menagih kebolehan kedua-dua penyerang itu terutamanya Sherman sebagai peledak utama Sri Pahang.

Fandi bakal memulakan tugas pertamanya di Liga Super bersama Tok Gajah musim ini dan bakal berdepan Negeri Sembilan FC, malam nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN