Salah satu gergasi Liga Super, Sri Pahang bakal berdepan cabaran pertama mereka dalam saingan Piala Malaysia 2021 untuk berdepan Harini FT yang merupakan wakil daripada saingan Liga M3.
Tampil dengan konsistensi terbaik dalam aksi Liga Super sebelum itu, Sri Pahang dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan mengetepikan cabaran Harini FT.
Hari Perlawanan!
🆚 Harini FT
🏟 Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
⏱ 9.00 Malam
🔴 Astro Arena 807, Astro Go#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #HakkaClo pic.twitter.com/J3gLrHtyPc— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 4, 2023
Pada aksi malam ini, kedua pasukan bakal membuat perhitungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi dengan status Harini FT sebagai tuan rumah pada perlawanan tersebut.
Berdepan wakil daripada saingan Liga M3, dilaporkan Sri Pahang bakal menurunkan para pemain simpanan menerusi rombakan yang akan dibuat oleh pengendali utama mereka iaitu Fandi Ahmad.
Jelas Fandi, keputusan tersebut dibuat kerana beliau ingin memberi lebih banyak peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi selain mereka mengutip minit permainan lebih banyak musim ini bersama pasukan.
Walaupun begitu, Fandi juga menyatakan hanya beberapa pemain simpanan sahaja mungkin akan diletakkan dalam senarai utama kerana menyedari akan reputasi dimiliki oleh Harini FT.
Kata Fandi, rombakan dibuat itu bukan bertujuan untuk memperkecilkan cabaran lawan kerana beliau mempunyai sebab tersendiri untuk memastikan prestasi pasukan berada dalam keadaan terbaik.
“Namun, rombakan ini mungkin hanya membabitkan tiga atau empat pemain kerana saya tahu Harini turut memiliki pemain berpengalaman yang pernah beraksi di Liga Super sebelum ini.
“Begitu juga senarai pemain import kerana kemungkinan hanya empat pemain yang akan beraksi. Rombakan ini bukannya bermaksud kita memandang mudah keupayaan lawan tetapi ia juga memastikan Sri Pahang pada prestasi terbaik apabila bersaing dalam Liga Super nanti,” katanya menerusi Harian Metro.
Tomorrow marks the kickoff of SPFC’s highly anticipated Malaysia Cup campaign 🏆#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #HakkaClo pic.twitter.com/K44o4wPt2l
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 3, 2023
Pada masa sama, beberapa pemain utama Sri Pahang juga ketika ini mengalami isu kecederaan dan itu menyebabkan beliau terpaksa membuat sedikit rombakan untuk berdepan cabaran lawan.
Dilaporkan kini, para pemain yang masih lagi mengalami kecederaan ialah Fadhli Shas, Zuhair Aizat, serta tonggak import mereka iaitu Kevin Ingreso.
Selain itu, pengendali berpengalaman tersebut juga mahu pasukan mendapatkan gol seawal yang mungkin kerana menyedari Harini FT mungkin akan menggunakan taktikal bertahan untuk mengelak daripada dibocori Sri Pahang.
“Oleh itu, saya mahu pemain mendapatkan gol seawal mungkin sebagai motivasi untuk mencatat kemenangan selesa. Saya jangkakan Harini akan bermain secara bertahan dengan lima pemain berada di bahagian pertahanan.
“Kemenangan itu juga penting sebagai bekalan apabila bertemu sekali lagi pada perlawanan kedua di Stadium Darul Makmur, 20 Ogos depan,” katanya lagi.