Sri Pahang Sasar Kedudukan 3 Terbaik Untuk Musim 2024/2025

Sri Pahang menjadi antara pasukan paling menonjol musim ini dalam aksi pramusim selepas beberapa siri perlawanan persahabatan telah dilalui serta merekodkan keputusan cukup baik.

Bawah kendalian Fandi Ahmad, Tok Gajah mencipta beberapa rombakan terutama sekali membabitkan kalangan pemain tempatan serta import baharu dalam pasukan.

Musim lalu menyaksikan Sri Pahang menamatkan cabaran mereka di kedudukan kelima terbaik Liga Super, selepas mereka hanya dibezakan lapan mata sahaja berbanding Kedah Darul Aman (Kedah) pada tangga kelima.

Untuk saingan musim 2024/2025, pasukan tersebut cuba menetapkan diri untuk berada pada tangga ketiga terbaik dan dianggap sangat realistik menerusi siri persiapan serta para pemain berkualiti dimiliki.

Daripada beberapa perlawanan pramusim dihadapi pasukan itu, mereka mencatat empat kemenangan serta hanya tewas sekali untuk memberi isyarat awal kepada kelab-kelab lain kini.

Walaupun begitu, fokus perlu diberikan sepenuhnya oleh Sri Pahang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut iaitu Datuk Mohammed Suffian Awang mahu mereka kekalkan fokus bagi aksi sulung Liga Super berdepan Kelan Darul Naim (KDN).

“Kelab berbangga dengan keputusan yang diraih tetapi pemain Sri Pahang tidak boleh berasa selesa kerana misi utama pasukan ialah melakar pencapaian terbaik dalam saingan Liga M, khususnya Liga Super musim baharu ini.

“Pada masa sama, semua pasukan melakukan persiapan mereka untuk meraih keputusan terbaik dan begitu juga Sri Pahang yang diharap mencapai sasaran tiga teratas Liga Super.

“Segalanya sudah dilakukan termasuk menyenaraikan beberapa pemain baharu termasuk tiga import yang diharap meletakkan kedudukan lebih baik,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Lima perlawanan persahabatan lalu menyaksikan Sri Pahang berjaya melakar kemenangan ketika berdepan KDN serta Putrajaya Athletic dan dua pasukan dari Singapura turut menjadi mangsa iaitu Abirex Niigata bersama Geylang International.

Satu-satunya kekalahan dihadapi ketika mereka berdepan cabaran Terengganu di Temerloh, apabila skuad kendalian Fandi tunduk 0-1 menerusi ledakan penalti Nurillo Tukhtasinov.

Melihat kepada senarai pemain pula, beberapa pemain tempatan baharu ditandatangani termasuk Sean Selvaraj untuk memperkukuhkan jentera tengah mereka.

Manuel Hidalgo, Mykola Ahapov, serta Aleksandar Cvetkovic pula menjadi pemain import baharu ditandatangani dan bakal menguatkan setiap posisi pasukan tersebut.

Bagi aksi pertama, mereka bakal berdepan cabaran bertemu Kelantan Darul Naim (KDN) hari ini di laman sendiri serta sasaran tiga mata pastinya diburu oleh Fandi bersama anak-anak buah.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN