Selangor Harap Hukuman MFL Tidak Begitu Membebankan

Selangor kini menjadi pasukan paling mencuri tumpuan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) biarpun segalanya masih belum bermula.

Apa tidaknya, The Red Giants secara rasminya telah pun membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai kejohanan Piala Sumbangsih 2024 selepas mereka mengumumkannnya secara rasmi.

Jelas Selangor, mereka terpaksa menarik diri daripada saingan tersebut kerana bimbang akan faktor keselamatan bakal dihadapi para pemain selepas apa telah menimpa Faisal Halim.

Faisal yang juga merupakan tonggak penting Harimau Malaya sebelum ini telah diserang oleh dua individu tidak dikenali menerusi simbahan asid sehingga tubuh beliau mengalami kecederaan teruk.

Selain Faisal, beberapa individu berkepentingan kelab itu juga dilaporkan turut diugut dan dilihat mampu mengancam keselamatan nyawa mereka.

Selangor Bakal Terima Hukuman Tambahan Daripada MFL

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mel 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagal pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawal pasukan dalam tempoh hanya 72 Jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk TIDAK HADIR ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh mereka.

Keputusan dibuat itu menyaksikan Selangor telah pun dipotong tiga mata untuk aksi Liga Super 2024/2025 serta kemenangan automatik diberikan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT)

Pada masa sama, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga turut menyatakan keputusan penarikan diri itu bakal menyebabkan skuad kendalian Nidzam Jamil akan berdepan hukuman lain selepas ia dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Melihat kepada dakwaan yang mungkin lebih berat bakal dikeluarkan, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor berharap supaya keputusan bakal dibuat MFL tidak begitu membebankan mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri melalui wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam di media sosial X susulan penarikan diri The Red Giants bagi aksi Piala Sumbangsih.

“Selangor akur apa sahaja keputusan MFL tapi janganlah terlalu membebankan pasukan,” ujar Shahril menerusi perkongsian telah dibuat oleh Zulhelmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN