Sri Pahang Lepaskan Duo Korea Selatan Selepas Hanya 3 Bulan

Sri Pahang

Kelab Liga Super, Sri Pahang menjadi pasukan baharu yang melepaskan pemain import mereka.

Selepas Negeri Sembilan melepaskan Safuwan Baharudin ke Selangor dan Terengganu berpisah dengan Dormagoj Pusic, Sri Pahang menghabiskan tempoh kerjasama mereka dengan duo daripada Korea Selatan.

Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Sri Pahang, kelab Pantai Timur itu membuat keputusan untuk tidak bersama-sama lagi dengan Lee Jeong-geun dan Lee Ji-yong.

Kedua-dua pemain ini bagaimana pun bukanlah pilihan utama Fandi Ahmad ketika hari perlawanan kerana duo Korea Selatan tersebut cumalah pemain yang diturunkan dalam saingan Piala MFL sahaja.

Lebih perit, tempoh bersama bagi duo Korea Selatan ini cumalah bertahan selama tiga bulan sahaja.

“Kelab ingin mengumumkan telah mencapai persetujuan penamatan kontrak bersama dua pemain import dari Korea Selatan, Lee Jeong-geun dan Lee Ji-yong.

“Terima kasih kepada Jeong-geun dan Ji-yong atas sumbangan sepanjang bersama kelab dan selamat maju jaya di tempat baru,” kata Sri Pahang dalam kenyataan mereka.

Situasi yang berlaku ini jelas sekali mengundang perkembangan yang tidak baik kerana kedua-dua pemain ini tidak melakukan sebarang penampilan pun bersama-sama skuad utama Sri Pahang.

Mereka cuma beraksi dalam saingan Piala MFL sahaja yang merupakan liga simpanan. Oleh itu, untuk apa Sri Pahang membazirkan duit kepada dua pemain ini yang tidak menyumbang kepada kemajuan pasukan dalam Liga Super.

Jika Sri Pahang memilih untuk mengutamakan pemain tempatan dalam Piala MFL pun tiada masalah kerana yang untungnya adalah bakat negara kita juga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN