Sri Pahang Antara Paling Aktif Intai Peluang Tandatangani Pemain Baharu

Sri Pahang ketika ini dilaporkan menjadi antara pasukan yang sangat aktif untuk membuat rombakan baharu menjelang saingan Liga Super untuk musim hadapan di beberapa posisi.

Terbaharu, dilaporkan pasukan kendalian Fandi Ahmad itu berminat untuk cuba mendapatkan khidmat pemain tengah import Kuala Lumpur City (KL City) musim ini, Sebastian Avanzini.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh T. Avineshwaran yang merupakan wartawan sukan dan menyebut nama Avanzini sebagai calon seterusnya buat Sri Pahang.

Buat pertama kali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), penampilan Avanzini boleh dianggap sangat positif buat KL City, apatah lagi beliau beraksi di posisi penting kelab tersebut iaitu tengah bertahan.

Kelebihan pemain berusia 28 tahun itu sudah tentu terarah kepada kekuatan fizikal beliau untuk menghentikan gerakan lawan selain bijak membuat hantaran-hantaran berbahaya untuk rakan serangan.

Musim ini menyaksikan Avanzini turut terlibat untuk meledak dua jaringan bersama empat bantuan gol daripada 29 perlawanan dihadapi beliau bersama kelab tersebut.

Keseimbangan dibawa pemain dari Itali itu untuk membantu pertahanan serta serangan sudah tentu kini menjadi perhatian Tok Gajah untuk mendapatkan Avanzini.

Sri Pahang menjadi antara pasukan yang mempunyai kelemahan sangat tinggi daripada penguasaan bola di posisi tengah dengan mereka lebih banyak menggerakkan segalanya daripada pertahanan kepada serangan.

Pemain seperti Kuvondik Ruziev antara mengalami kesukaran bersama Stefano Brundo musim ini untuk membantu posisi tengah Sri Pahang menjadi lebih seimbang.

Selain bertumpukan kepada Avanzini, beberapa pemain lain turut dikaitkan kini bersama kelab tersebut untuk tampil menjadi lebih baik pada musim hadapan.

Antaranya, pasukan itu kini turut dilaporkan sedang mengintai dua penjaga gol muda baharu untuk saingan musim hadapan iaitu Sikh Izhan Nazrel serta Rahadiazli Rahalim.

Di posisi pertahanan, dua nama pemain kini turut dikaitkan bersama kelab tersebut iaitu bekas pemain Sabah, Rizal Ghazali serta Kamal Azizi.

Untuk posisi serangan, hanya Nama Shahrel Fikri sahaja kini dikatakan hampir pasti akan menyertai Sri Pahang untuk musim hadapan, dengan rekod positif dipamerkan penyerang tempatan tersebut musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN