Spurs Tidak Akan Menentang Man. United Di Stadium Baharu

Tottenham Hotspur membuat siaran media menerusi laman rasmi kelab tersebut tentang status terkini stadium baharu mereka. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa perlawanan di antara Tottenham Hotspur menentang Manchester United pada 13 Januari 2019 akan diadakan di Wembley.

Hal ini kerana pembukaan rasmi stadium tersebut ditangguhkan sekali lagi – selepas berhadapan dengan isu keselamatan kritikal.

Spurs dalam kemaskini perkembangan stadium baharu mereka berkata: “Seperti dijanjikan, kami akan mengemaskini kepada anda, penyokong kami, tentang status stadium baharu.”

“Dalam beberapa bulan ini, kami telah menggunakan masa tersebut untuk memperbaiki isu sistem keselamatan yang kritikal. Kami dengan berbesar hati memaklumkan kepada anda bahawa, segala proses itu berjalan dengan lancar.”

“Kini kami dalam proses untuk ujian intergrasi dan fasa permantauan yang dilakukan dalam usaha mendapatkan sijil keselamatan stadium.”

“Ujian sudah pun dilakukan bagi sesi siang dan malam, dan para kontraktor kita akan terus bekerja walaupun pada Hari Natal. Jika tiada isu, kita akan terus dengan ujian berkala.”

“Ini bermakna, perlawanan EPL di tempat sendiri berhadapan dengann Man. United akan diadakan di Wembley.”

“Kami sepatutnya menerima laporan status daripada kontraktor pada minggu 7 Januri 2019 – selepas itu kami akan mengemaskini perkembangan kepada anda.”

Pengerusi Tottenham Hotspur menyatakan terpaksa meminta penyokong di atas keterlewatan tesebut. Beliau juga menyatakan bahawa agak kecewa kerana terpaksa meminta para penyokong untuk terus berkunjung ke Wembley dalam tempoh yang lebih lama daripada yang mereka rancang sebelum ini.

Levi menambah lagi: “Saya tidak dapat memberikan tarikh akhir pembukaan stadium ini sehingga kita mendapat sijil keselamatan itu. Ramai orang memaklumkan kepada saya ada beberapa kerja major telah lewat siap, saya sedar perkara ini kerap berlaku, dan kami sangat kecewa dengannya.”

Levi meminta maaf kepada penyokong di atas kelewatan pembukaan stadium tersebut dan berterima kasih di atas sokongan yang mereka terima.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN