Spurs Tangguh Pembukaan Stadium Baru Kerana Isu Sistem Keselamatan

Tottenham Hotspur terpaksa menangguhkan pembukaan stadium baharu mereka yang dirancang pada bulan hadapan.

Ini kerana terdapat masalah yang tak dapat dielakkan melibatkan jaminan keselamatan stadium.

Mengikut perancangan awal, Spurs merencana akan bermain di Stadium Tottenham Hotspur pada 15 September menentang Liverpool. Nampak gayanya, Liverpool bukan lawan pertama mereka di stadium tersebut.

Spurs akan terus menyewa Wembley sehinggalah satu tarikh baru dikenalpasti untuk perasmian stadium tersebut.

Dijangka stadium itu paling awal boleh dibuka pada hujung bulan Oktober 2018.

Dalam kenyataan rasmi mereka di laman web kelab, Pengerusi Kelab, Daniel Levy berkata:

“Ujian dan pemantauan terbaru yang kami lakukan telah mendapati ada isu kritikal pada sistem keselamatan stadium.”

“Ini membawa kepada kelewatan penggunaan stadium ini dan kami tidak akan meneruskan upacara ujian penggunaan stadium ini yang dijadualkan pada 27 Ogos dan juga 1 September.”

“Semua perancangan akan dijadualkan semula dalam usaha kami mahu mendapatkan lesen keselamatn stadium.”

“Kami kesal dengan masalah ini yang pastinya mengecewakan pemegang tiket bermusim, ahli premium dan penyokong kami di seluruh dunia.”

Levy juga mengucapkan terima kasih kepada rakan bersama mereka, NFL yang turut akan mengadakan beberapa acara besar di stadium itu seperti yang termaktub dalam perjanjian mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN