Rasuah merupakan satu perkara yang merosakkan segala-galanya.
Ia bukan sahaja boleh merosakkan sebuah institusi kerajaan, malah sebuah organisasi dan juga pasukan bola sepak.
Rasuah dalam bola sepak sememangnya satu perkara yang cukup bahaya. Kesannya jika perkara ini terbongkar, rasa minat para penyokong untuk menyokong bola sepak semakin luntur.
Kini gejala rasuah kembali menjadi isu utama dalam bola sepak negara.
Baru-baru ini, 3 pemain MISC-MIFA telah ditangkap atas tuduhan mengatur perlawanan.
Selepas itu, bekas pertahanan Selangor Khairul Anuar Baharom pula dipanggil untuk membantu siasatan kes atur perlawanan dalam bola sepak negara.
Tindakan lebih agresif
Menurut pihak SPRM, tindakan lebih keras bakal diambil oleh pihak mereka dalam mencari dan membasmi isu rasuah yang melanda bola sepak negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki berkata pihak Bernama yang tindakan lebih keras bakal dilakukan jika pihak SPRM menerima aduan dan juga maklumat mengenai gejala rasuah bola sepak di negara kita.
“Saya mengarahkan semua pegawai SPRM untuk bertindak sekiranya terdapat aduan atau maklumat yang diterima mengenai rasuah bola sepak.”
“Jika kami lakukan siasatan dan pelaku tersebut terbukti bersalah dalam hal ini, maka tindakan keras bakal diambil.”
Baca juga: Rasmi: Senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa FAM 2017-2021