Diego Simeone Puji Leicester, Membuatkan Atletico Hidup Dalam Ketakutan

Pengendali Atletico Madrid meyifatkan Leicester sebagai lawan yang hebat dalam 2 pertemuan suku akhir UCL.

Leicester menyambut perlawanan suku akhir UCL dengan penuh simbolik kerana mereka tidak pasti, bila lagi mereka akan menganjurkan malam UCL.

Penyokong-peyokong mereka menjadikan suasana malam tadi sangat meriah dan cuba meniupkan semangat kepada para pemain mereka.

Ia pada masa yang sama, satu penghargaan kepada pasukan kesayangan mereka yang mara sehingga ke suku akhir dalam penampilan pertama mereka di UCL.

Mereka juga tidak tewas di tempat sendiri dalam semua perlawanan UCL mereka setakat ini.

Leicester City dibolosi pada separuh masa pertama menerusi tandukan deras Saul Niguez. Namun respon mereka pada separuh masa kedua sangat luar biasa.

Pada separuh masa kedua The Foxes melakukan 17 cubaan ke arah gol Atletico dan mendesak penjaga gol Atletico menjadi manusia paling sibuk di padang.

Atletico pula, hanya mampu melakukan 2 cubaan gol pada separuh masa kedua.

Leicester City sangat dominan pada separuh masa kedua dan hampir mencipta kisah dongeng sekali lagi jika tidak kerana kecemerlangan Atletico bertahan terutamanya Godin.

Tamat perlawanan, Diego Simeone memuji aksi anak buah beliau yang kekal bertahan dengan kental dan berdisiplin di kala Leicester City menyerang mereka bertalu-talu.

Simeone turut kagum dengan persembahan Leicester. Simeone berkata:

“Saya sangat berbangga dan penuh emosi untuk menang dalam perlawanan ini.”

“Saya juga mahu memberitahu yang lawan kami bermain sangat baik. Satu aksi yang hebat daripada Leicester.”

“Dan ia satu kepuasan untuk berlawan dengan mereka. Mereka langsung tidak berputus asa walaupun seminit. ”

“Mereka tidak tunduk langsung. Kami hidup dalam ketakutan sepanjang malam ini kerana mereka. Mereka menekan kami dengan teruk.”

“Pertukaran pemain (memasukkan Ulloa) dan taktikal yang mereka lakukan juga sangat hebat.”

“Mereka mulai bergerak aktif di bahagian sayap dan cuba menghantar bola silang sebanyak mungkin kepada Ulloa. Ia memberikan kami banyak masalah.”

“Mereka membuatkan kami perlu bermain dalam prestasi terbaik. Apa yang membanggakan saya adalah, kami sentiasa ada solusi untuk masalah yang mereka berikan.”

“Saya malas nak puji lebih-lebih, tetapi saya nak katakan pemain saya memberikan reaksi yang kami perlu lakukan.”

Ini adalah separuh akhir ke-3 untuk Atletico dalam 4 tahun di bawah kendalian Simeone.

Baca juga: 5 Sebab Pemain Tengah Pertahanan Sangat Penting Dalam Taktikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN