Dalam bola sepak, antara perkara yang terindah adalah meraikan kemenangan ke atas seteru perit terutama sekali pasukan jiran setempat dalam perlawanan derbi.
Malam semalam, berlangsungnya pertembungan setempat panas di antara dua kelab kota Moscow di antara Spartak menentang CSKA yang berpangkalan di Moscow. Perlawanan dilangsugkan di Spartak’s Otkritie Arena.
Moscow adalah ibu negara Rusia yang turut menempatkan beberapa lagi kelab bola sepak selain daripada Spartak dan CSKA, Moscow. Antaranya adalah Lokomotiv, Dynamo dan Torpedo.
Kesemua kelab tersebut masing-masing memiliki Ultras yang fanatik. Jadi tidak hairanlah bandar Moscow menjadi antara bandar yang paling banyak menganjurkan perlawanan derbi yang panas setiap musim.
Pertemuan malam tadi berakhir dengan kemenangan Spartak yang menewaskan CSKA dengan 3 gol berbalas 1. Ia sekaligus menjarakkan Spartak di puncak liga dengan 7 mata daripada pasukan di tangga ketiga CSKA.
Selain daripada keputusan perlawanan yang menjadi highlight, terselit juga insiden panas berlaku dalama perlawanan ini seperti yang sudah dijangka.
Penyokong CSKA dikatakan telah memulakan provokasi ke atas penyokonng Spartak untuk merosakkan pesta kemenangan mereka. Mereka menyalakan suar yang menghasilkan asap tebal dan ada yang dibaling ke tempat penyokong tuan rumah.
Keadaan menjadi semakin kecoh dan petugas keselamatan bergegas untuk menghentikan insiden tersebut supaya tidak menjadi lebih teruk.
Keadaan itu menyebabkan perlawanan dihentikan sebentar 5 minit. Jurulatih Spartak, Massimo Carera menyelar tindakan penyokong lawan tersebut dan menyifatkannya ‘perosak suasana.’
Jika dikira daripada bilangan trofi liga, Spartak lebuh unggul dengan menjulang 21 kejuaraan liga berbanding CSKA sebanyak 13 kali sahaja.
Spartak turut memiliki 13 Piala Rusia dimenangi Spartak manakala CSKA ketinggal 1 piala dengan 12 kejuaraan. Kali terakhir Spartak memenangi liga pada 2001 yakni 15 tahun lepas.
Spartak dalam landasan terbaik untuk merampas kejuaraan daripada penyandang kejuaraan CSKA. Paling tidak pun menamatkan sainga di atas CSKA pada musim ini jika mengekalkan aksi terbaik mereka.
Jika perkara itu berlaku, ia sudah pasti mengundang lebih kemarahan oleh penyokong CSKA.
Baca juga : Derbi De Sole: Bagaimana 2 Bangsa Selatan Itali Berubah Dari Kawan Kepada Lawan