Paolo Maldini, Ikonik No.3 Dan Simbol Pemain Pertahanan Terbaik Sepanjang Zaman

Pertahanan yang baik akan membantu memenangi piala, namun pertahanan terbaik akan membantu memenangi lebih banyak piala. Itulah ayat yang kerap diungkap oleh pengulas bola sepak Itali bila mengenang Paolo Maldini.

No.3 pula adalah nombor yang memang menjadi kebanggaan kepada mana-mana bek kiri di seluruh dunia kerana ia simbol anda memenangi nombor skuad bek kiri yang utama.

Dalam era bola sepak moden, pertahanan adalah aspek yang mulai dijadikan sebagai salah satu seni dalam bola sepak seperti mana menyerang yang sering dikaitkan dengan skil dan visi.

Ia lari daripada konsep yang mengaitkan perihal bertahan dalam bola sepak sebagai aktiviti fizikal yang keras semata-mata tanpa perlu memikirkan soal kecerdasan.

Maldini Dan Seni Pertahanan

Evolusi pertahanan dalam bola sepak moden berlaku kerana adanya kebolehan luar biasa daripada beberapa pemain bola sepak pada suatu masa dahulu.

maldini1

Franz Beckenbauer ataupun Der Kaiser telah membangkitkan semula peranan sweeper dalam permainan untuk menghancurkan gerakan lawan.

Beckenbauer telah menjadi antara nama yang berpengaruh dalam peranan beliau. Begitu juga dengan Maldini yang turut berpengaruh dalam landskap bola sepak dunia dengan peranan bek sisi.

Paolo Maldini cuba menikmati perlawanan bola sepak dengan lebih keintiman di antara kaki mereka dengan bola ataupun ball playing. 

Maldini sinonim dengan peranan bek kiri walaupun kaki dominan beliau adalah kanan. Namun Maldini mampu bermain di posisi bek kanan dan kemudiannya bek tengah dengan sangat baik.

Beliau mengakhiri karier di AC Milan sebagai bek tengah dan gandingan beliau dengan Nesta antara yang terbaik pada satu ketika dahulu.

Terbaik Sepanjang Zaman

Maldini berjaya memecah masuk ke dalam slot pasukan pertama Milan pada usia  16 tahum. Dalam 2 musim pertama beliau di Milan, Maldini sudah merasai atmosfera UCL dan memenanginya pertama kali pada 1988/1989.

maldini2

Beliau bersama-sama dengan lagenda Franco Baresi, Mauro Tassotti dan Costacurta berjaya mempertahankan trofi tersebut pada musim berikutnya dengan kemenangan 1-0 ke atas Benfica.

Pada masa musim yang sama, beliau membuat debut untuk skuad kebangsaan pada usia 19 tahun. Maldini memiliki latar belakang bola sepak yang sangat kuat di peringkat remaja.

Beliau mewakili Itali dalam semua peringkat remaja. Tidak lupa juga Paolo bola sepak sejati yang diwarisi dari ayahnya yang merupakan lagenda Itali, Cesare Maldini.

Sepanjang karier beliau, Madini telah memenangi 5 UCL, 5 Coppa Italia, 5 Piala Super Eropah, 5 Piala Super Itali, 3 Piala Kelab Dunia.

maldini

Tiada petahanan di dunia setakat ini mampu mengatasi pencapain beliau. Namun begitu karier beliau dengan Itali gagal dilengkapkan dengan kejayaan Piala Dunia dan Piala Eropah.

Agak tidak adil apabila beliau merupakan pemain yang paling banyak mewakili Itali sebagai pemain dan juga kapten.

Selepas era beliau menjadi kapten, Itali menang Piala Dunia pada era kapten Cannavaro dan Buffon Itali menang Piala Dunia.

Pada 1994, Maldini hampa apabila skuad Itali tewas dalam penentuan penalti untuk final piala dunia.

Penyerang no.9 terbaik sepanjang zaman, Ronaldo Luiz menyatakan, pertahanan yang paling sukar untuk ditentang adalah Maldini.

maldini3

Pada ketika Ronaldo mewakili Inter Milan, Ronaldo dalam prestasi kemuncak. Namun seringkali di’diamkan’ oleh Maldini dan Nesta.

Hal yang sama diakui oleh Ronaldinho yang menyatakan :

“2 pemain pertahanan yang paling sukar untuk ditentang adalah Paolo Maldini dan John Terry.”

Maldini bukanlah pemain yang terlalu kebal daripada kecederaan. Beliau ada rekod kecederaan yang agak merisaukan dalam karier. Namun yang menariknya, beliau sentiasa kembali ke dalam padang dengan lebih kuat.

Beliau seorang pertahanan yang memiliki naluri untuk memenangi bola yang kuat. Melakukan terjahan pada masa yang tepat dan sangat bijak membaca permainan. Maldini juga boleh menggelecek dengan baik.

Dengan kelebihan 2 kaki beliau yang ‘hidup’, jadi lebih mudah untuk Maldini melancarkan bentesan dalam apa jua keadaaan. Maldini turut menjaringkan beberapa jaringan screamer dalam karier beliau.

Baca juga: Paolo Maldini: “Pertahanan Sekarang Semakin Hilang Karakter Bertahan”

Cinta Kepada AC Milan

Beliau hanya ada satu kelab sahaja iaitu AC Mian.

Sepanjang karier beliau, Maldini telah dihujani dengan pelbagai tawaran lumayan daripada kelab-kelab gergasi yang lain.

Namun beliau memilih untuk kekal setia dengan AC Milan walaupun kelab tersebut berhadapan dengan musim turun naik pada era 90-an sehinggalah mereka kembali menjadi kuasa Eropah semula di bawah Ancelotti.

Daripada beberapa musim tanpa piala sehinggalah malam membelasah Barcelona 4-0, Maldini kekal di sana.

Maldini Menggantung But Dan Berehatnya No.3

Maldini hanya menggantung but pada usia beliau 41 tahun. Paolo muncul dalam 902 penampilan untuk kelab dan negara

Beliau bersara kerana tidak mampu untuk bermain 2 kali dalam seminggu. Pada masa yang sama beliau tidak mahu hanya beraksi dengan purata sekali seminggu kerana ia akan mempengaruhi tahap kecergasan beliau.

AC Milan mengambil langkah untuk ‘merehatkan’ jersi no.3 sebagai tanda menghargai pemain terbaik sepanjang zaman di kelab mereka itu.

Maldini memberikan banyak inspirasi kepada ramai pemain muda di seluaruh dunia. Il Capitano adalah simbol kualiti dan kesetiaan.

Sepanjang 25 tahun karier beliau sejak 1985. Beliau dianggap antara pemain yang paling cergas dan berketahanan tinggi.

Baca juga :  10 Kapten Pasukan Terbaik Dalam Sejarah Serie A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN