Spalletti: “Jika Sarri Terus Kerja Bank, Hari Ini Beliau Adalah Menteri Kewangan Itali”

Jurulatih Inter Milan berseloroh dengan rakan sejawatan beliau di Napoli iaitu Maurizio Sarri. Sarri tidak seperti jurulatih lain. Beliau melalui proses yang berbeza untuk mendapatkan lesen kejurulatihan.

Beliau mengambil lesen jurulatih dari Tuscany yang menawarkan lesen jurulatih untuk liga amatur. Ini kerana beliau tidak mahu meninggalkan banda Tuscany kerana bekerja dengan sebuah bank di situ.

Selepas melalui beberapa proses yang agak panjang barulah Sarri mendapat lesen jurulatih sehinggalah ke Eropah.

Beliau ternyata jurulatih yang memilik pengurusan taktikal yang luar biasa. Guardiola sanggup meluangkan masa 10 hari cuti minggu antarabangsa untuk menonton Napoli yang disifatkan Guardiola sebagai pasukan yang hebat.

Menjelang pertemuan di antara 2 pasukan teratas Serie A kali ini, dalam sidang media Luciano Spalletti, pengendali Inter Milan itu juga sangat kagum dengan kegeniusan Sarri di dalam taktikal.

Napoli

“Jika Sarri meneruskan karier beliau di bank, hari ini beliau sudah menjadi Menteri Kewangan Itali.”

Ini kerana Sarri sangat cepat belajar dan menghasilkan kerja yang luar biasa.

“Napoli memberikan ‘iklan’ yang baik kepada bola sepak. Mereka pasukan yang kuat. Kami tahu, kami tidak boleh membiarkan mereka menguasai perlawanan dengan kualiti pasukan mereka ada.”

“Kami ada kualiti untuk memberikan masalah kepada mereka dan cuba menang di halaman mereka.”

Spalletti mengharapkan anak-anak buah beliau meneruskan semangat yang mereka miliki terutama sekali ketika menang ke atas AC Milan.

“Ada keyakinan diri serta keinginan yang bagus dalam pasukan kami. Sikap pemain ketika kedudukan 2-2 dalam perlawanan derbi menentang AC Milan membantu saya untuk melihat jenis ‘hati’ pemain-pemain kami.”

“Tiada yang mustahil di Inetr sebab kami tiada kekesalan mahupun limitasi. Skuad kami berada dalam kualiti terbaik untuk bersaing dengan sesiapa sahaja.”

“Saya yakin, setakat ini pasukan kami setaraf dengan lawan kami Sabtu ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN