Previu Piala Malaysia: 5 Perkara JDT vs Perak

separuh akhir

JDT akan melayan kunjungan perak di gelangang fortress mereka di Larkin. Perlawanan pertama berakhir 1-1 selepas 2 kesilapan pertahan daripada pasukan masing-masing menghadiahkan gol kepada lawan.

1. Pivot JDT

Dalam perlawanan pertama di Perak, Morais berhadapan dengan kecelaruan di pivot. Beliau meletakkan Insa dan Gary Steven Robat di Pivot.

Alasannya mungkin kerana Gary kurang sesuai bermain dengan sistem pivot tunggal. Tetapi impak yang jelas kepada Safiq Rahim yang tidak efektif dalam sistem ini dan tertunggu-tunggu Natxo Insa.

Natxo Insa

Natxo Insa juga lebih terhad gerakan untuk ke atas. Secara peribadinya, Gary bermain baik dalam perlawanan tersebut cuma Morais tidak yakin pemain ini boleh bermain sebagai pivot tunggal.

Mungkin rekod disiplin Gary merisaukan Morais. Kemasukan Afiq Fazail juga agak sukar untuk memperbaiki persembahan JDT kerana bahagian tengah mereka berhadapan dengan masalah confusing.

2. Garisan pertahanan Mehmet

Dalam perlawanan pertama, Mehmet membuktikan Perak boleh bermain garisan pertahanan yang tinggi.

Mereka bocor pun sebab kesilapan individu bukannya masalah taktikal garisan tinggi ini.

Beberapa kali Ghaddar ofsaid dalam perlawanan pertama kerana organisasi yang baik daripada Thiagio dan Shahrom.

Namun di Larkin, adakah Mehmet akan mengambil pendekatan serupa? Ini kerana, Morais sudah pastinya menggariskan isu ofsaid yang terlalu kerap ini sepanjang latihan sebelum perlawanan ini.

3. Ghaddar

Pemain ini perlu membuktikan sesuatu secara berpasukan bukannya individu. Dari segi individu, statistik jaringan beliau sangat kuat untuk bercakap.

Tetapi, dalam pasukan seperti JDT, beliau perlu lebih menjadi team player daripada mengejar kejayaan peribadi di dalam padang.

Sampaikan pada satu fasa, rakan beliau menunjukkan kekecewaan ketika dia melakukan percubaan daripada sudut yang sudah ‘lari’.

Ghaddar pemain yang sangat direct. Adakah dia akan mampu bermain lebih sebagai team player dalam sistem serangan bertiga?

4. Hafizul Hakim

Dalam beberapa minggu terakhir ini saingan bola sepak, nama beliau antara yang mencuri perhatian. Motivasi beliau semakin baik di dalam padang.

Hafizul Hakim

Aksi menentang Hong Kong di bukit Jali bulan lalu antara aksi terbaik beliau. Mampukah beliau mengekalkan prestasi terbaik beliau di dalam padang?

Ini kerana, JDT memiliki nafsu yang lebih kuat di hadapan gol ketika di Larkin.

5. Statistik

Perak berkongsi rekod dengan Selangor untuk menjadi pasukan yang paling banyak menewaskan JDT sejak 2016 iaitu sebanyak 2 kali. Jadi, JDT pastinya sedar akan rekod ini.

JDT masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka dengan 2 seri dan 1 kalah. Perak pula menang 2 kali dan seri sekali dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Sebelum wisel

Perlawanan yang sentiasa panas dalam bola sepak tempatan. Siapa akan ke final Piala Malaysia 2017? Di atas kertas JDT mungkin nampak sebagai pasukan pilihan.

Tetapi semangat pemain-pemain Perak pada perlawanan pertama amat baik untuk memastikan mereka masih dalam landasan untuk ke final.

Perak perlu mencari gol tempat lawan di dalam perlawanan ini. JDT pula mungkin perlu kembali kepada 4-3-3 dengan sistem pivot tunggal berbanding dengan 4-2-3-1 sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN