Luciano Spalletti Beri Bayangan Akan Lepaskan Ivan Perisic Pada Harga Yang Sesuai

Perisic

Nama pemain sayap kelahiran Croatia, Ivan Perisic sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di Liga Perdana Inggeris dan kali ini giliran Arsenal pula menjadi tumpuan.

Lebih menarik, pengurus Inter Milan, Luciano Spalletti kelihatan seperti tidak bermasalah untuk melepaskan Perisic, namun ia mesti disertakan dengan nilai yang sesuai.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 28: Ivan Perisic of Inter Milan is challenged by Moussa Sissoko of Tottenham Hotspur during the UEFA Champions League Group B match between Tottenham Hotspur and FC Internazionale at Wembley Stadium on November 28, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Perisic hampir menyertai Manchester United, namun beliau dipujuk oleh Spalletti untuk terus kekal bersama Inter Milan.

”Ia perkara biasa ketika jendela perpindahan untuk bercakap mengenai pemain seperti Perisic, kerana dia merupakan pemain yang kuat yang menjadi pilihan semua orang untuk berada dalam pasukan mereka.”

”Bagaimanapun, perbincangan seharusnya konkrit dan kemudiannya disokong dengan nilai yang sesuai.”

Kenyataan yang dikeluarkan Spalletti ini menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan Perisic bakal ke Arsenal.

The Gunners dilaporkan berminat untuk mendapatkannya secara pinjaman dengan pilihan untuk perpindahan tetap pada musim berikutnya.

Ivan Perisic yang masih mempunyai baki kontrak sehingga 2022 telah membuat 25 penampilan bersama Inter Milan dan berjaya menghasilkan tiga jaringan pada musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN