Jersi Belang Biru Dan Kuning Jadi Pilihan Skuad Tok Gajah

Juara Piala FA 2018, pasukan Pahang hari ini memperkenalkan pemain mereka dan melancarkan jersi baharu dari jenama Umbro di Dewan Tun Razak, Temerloh di hadapan lebih 3000 penyokong setia.

Program tersebut bermula seawal pukul 9 pagi dengan beberapa aktiviti sampingan termasuk bola sepak jalanan, timbang bola, permainan E-Sport dan Panna Ko.

Para penyokong memberikan sorakan gemuruh apabila para pemain Pahang berjalan memasuki dewan menuju ke pentas utama dengan mengenakan jersi baharu yang berwarna biru kuning untuk jersi home (tuan rumah), dan hitam untuk jersi away (tempat lawan).

Barisan pemain Pahang diketuai oleh Matt Davies memperagakan jersi baharu mereka. FOTO: Pahang FA

Mereka turut memperkenalkan barisan jurulatih dan pegawai pasukan yang diketuai oleh Dollah Salleh. Skuad Tok Gajah mengekalkan barisan pemain tempatan musim lalu namun tampil dengan empat pemain import baharu musim ini.

Tiga pemain import baharu akan memperkuatkan jentera serangan iaitu, pemain dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, Jose Eduardo atau Ze Love (Brazil) dan Saddil Ramdani (Indonesia) dan manakala Herold Goulun dari Perancis akan beraksi di posisi pertahanan.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1089432850468749317

Safuwan Baharudin dari Singapura terus mengekalkan slot pemain import Asia apabila pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh diberi kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN