Southgate Pening Mahu Satukan Pemain Tottenham & Liverpool Selepas UCL

Pengurus England, Gareth Southgate mengakui ia bukan perkara mudah untuk menyatukan kembali pemain-pemain dari Tottenham Hotspur dan Liverpool selepas perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) – sambil mengakui ia adalah ujian kepada kebolehan pengurusan beliau bersama England.

Spurs dan Liverpool akan bertemu di perlawanan akhir UCL pada 2 Jun hadapan, iaitu lima hari sebelum perlawanan separuh akhir UEFA Nations League (UNL) diantara England dan Belanda.

“Kami harus melakukan penilaian tepat dan pantas untuk melihat dimana kedudukan mereka di dalam tempoh beberapa hari itu,” ujar Southgate.

“Ia adalah sangat ‘peribadi’ untuk beraksi di dalam perlawanan sebesar itu [perlawanan akhir UCL].”

LONDON, ENGLAND – MAY 16: England manager Gareth Southgate attends a press conference to announce the England squad for the UEFA Nations League matches at Wembley Stadium on May 16, 2019 in London, England. (Photo by Andrew Redington/Getty Images)

Di kalangan 27 pemain di dalam senarai awal yang diumumkan oleh Southgate, enam pemain Tottenham dan tiga dari Liverpool telah dipanggil untuk pusingan akhir di Portugal itu.

Jumlah pemain akan dikurangkan kepada 23 pada 27 Mei hadapan. Jika England berjaya menewaskan Belanda di separuh akhir, Switzerland atau pun Portugal akan menanti skuad kendalian Southgate di Porto pada 9 Jun akan datang.

Dua pemain Liverpool di dalam skuad Southgate, Trent Alexander-Arnold dan Jordan Henderson beraksi di perlawanan akhir UCL pada musim lalu – yang menyaksikan mereka tewas 3-1 kepada Real Madrid.

Namun apabila dua kelab Inggeris bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir, Southgate menyifatkan perkara tersebut sebagai senario baharu.

“Ini adalah pengalaman pertama kami berhadapan situasi sebegini. Sebelum ini, Jordan dan Trent menyertai kem latihan dalam keadaan kecewa. Itu boleh difahami.

“Kali ini juga pasti akan ada kumpulan pemain yang akan datang dengan kekecewaan yang sama. Pengurus Sepanyol mungkin pernah melalui perkara ini beberapa kali [dua dari lima perlawanan akhir membabitkan pertembungan kelab Sepanyol], dan saya pasti mereka juga harus berhadapan perkara yang sama.

“Ini akan menjadi ujian kepada kebolehan pengurusan dan semangat berpasukan secara kolektif. Ia adalah cabaran terbesar apabila anda harus bersaing sesama sendiri. Tetapi anda harus melupakan apa yang telah berlaku, dan menyedari bahawa kita semua adalah satu pasukan bersama England. Di sini, anda harus saling menyokong satu sama lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN