Real Madrid Pintas Man Utd Sebagai ‘Jenama’ Kelab Bola Sepak Paling Bernilai

Real Madrid telah memintas Manchester United sebagai kelab bola sepak paling bernilai dunia. Melalui satu kajian yang dilakukan oleh Brand Finance – sebuah badan konsultasi kewangan bebas – kelab dari Sepanyol itu dianggarkan bernilai €1.65 billion.

Manchester United yang merupakan kelab paling bernilai pada tahun sebelumnya pula kini berada di tangga kedua dengan nilai €1.472 billion.

MADRID, SPAIN – FEBRUARY 09: Sergio Ramos of Real Madrid celebrates after scoring his team’s second goal from a penalty with Sergio Reguilon during the La Liga match between Club Atletico de Madrid and Real Madrid CF at Wanda Metropolitano on February 09, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

50 buah kelab dinilai berdasarkan keuntungan dan juga kejayaan setiap kelab berdasarkan prestasi yang dipamerkan di atas padang.

Enam kelab teratas di dalam senarai Brand Finance sebenarnya sudah cukup untuk menyumbang 40% daripada nilai keseluruhan 50 buah kelab yang tersenarai.

Berada di tangga ketiga ialah Barcelona dengan nilai €1.393 billion. Manakala gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich berada di tangga keempat  dengan nilai €1.314 billion.

Manchester City yang dimiliki oleh jutawan Timur Tengah yang juga merupakan juara Liga Perdana Inggeris musim ini berada di tangga kelima di dalam senarai Brand Finace, dengan nilai sekitar €1.255 billion.

LIVERPOOL, ENGLAND – MAY 07: Head coach Juergen Klopp of FC Liverpool and his players celebrate after the UEFA Champions League Semi Final second leg match between Liverpool and Barcelona at Anfield on May 7, 2019 in Liverpool, England. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Liverpool yang begitu hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris pada musim ini setelah dibezakan hanya dengan satu mata oleh City pula berada di tangga keenam, dengan nilai €1.191 billion.

Kelab Inggeris terus menguasai senarai 10 teratas kelab paling bernilai apabila Chelsea (€968 juta) di tangga ke-7, Arsenal (€885 juta) di tangga ke-9, dan Tottenham Hotspur (€758 juta) berada di tangga ke-10.

Paris Saint-Germain melengkapkan senarai 10 kelab paling bernilai di tangga ke-8 dengan nilai keseluruhan €914 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN