Southgate Pening Kepala Pilih Kesebelasan Terbaik Skuad England

gareth southgate, england

Pe­ngurus England, Gareth Southgate mengakui beliau mungkin sukar membuat pilihan menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2018 selepas barisan pemainnya menampilkan aksi memukau ketika menang 2-0 ke atas Costa Rica dalam aksi perlawanan persahabatan kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Elland Road itu, Marcus Rashford dan Danny Welbeck masing-masing meledak satu gol buat skuad The Three Lions.

Selepas aksi semalam, Southgate berkata, beliau mungkin berdepan dilema dalam memilih kesebelasan terbaik menjelang aksi pembukaan Kumpulan G menentang Tunisia 19 Jun ini.

“Ia semakin sukar dan kami perlu membuat keputusan tepat berhubung kesebelasan utama nanti. Saya meminta semua pemain menampilkan aksi terbaik bagi me­rebut tempat dan mereka melakukannya pada malam ini (semalam).

“Saya gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan pemain-pemain saya. Walaupun melakukan 10 pertukaran, namun mereka masih mampu mengekalkan corak permainan serta susunan pemain,” kata Southgate.

FOTO: FA England

Dalam pada itu, beliau juga memuji persembahan yang ditampilkan Rashford pada perlawanan tersebut selain menganggap pemain Manchester United itu pa­ling menyerlah.

“Dia (Rashford) sentiasa be­kerja keras dan ianya berbaloi. Gol yang dijaringkan olehnya berkelas du­nia dan saya gembira untuk melihat dia berada pada prestasi terbaik. Bagaimanapun, persaingan untuk kesebelasan utama tetap sengit,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN