Southgate Kekal Sebagai Jurulatih England Sehingga Tahun 2022

gareth southgate, england

Selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam Piala Dunia 2018 di Rusia bulan lalu, pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate telah diberikan kontrak baru yang menyaksikan beliau mengendalikan pasukan England hingga Piala Dunia 2022.

Southgate dan ketua eksekutif Persatuan Bolasepak England (FA), Martin Glenn mengumumkan perjanjian itu yang turut menyenaraikan penolong Southgate, Steve Holland pada sidang media, semalam.

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan itu diberikan pujian selepas England berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia di Russia sebelum tewas kepada Croatia.

Southgate, yang mempunyai baki kontrak dua tahun, kini menerajui England bagi kejohanan Euro 2020 dan Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Saya gembira memperoleh peluang ini untuk membimbing pasukan kebangsaan bagi dua kejohanan utama selepas ini,” kata Southgate, 48, selepas menandatangani perjanjian baru.

“Tugas ini kekal sebagai satu keistimewaan mengagumkan selain penghormatan sebenar. Dapat merasai sendiri bagaimana seluruh negara menyokong pasukan kami pada musim panas lalu sesuatu yang istimewa dan rasa hebat apabila menyaksikan sejauh mana skuad muda ini berjaya melangkah,” katanya.

Southgate sebelum ini menjadi jurulatih sementara selepas Sam Allardyce mengosongkan jawatan itu pada September 2016.

FA kehilangan pengarah teknikal Dan Ashworth minggu lalu, selepas beliau memilih berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton serta jelas tidak mahu berdepan risiko Southgate meninggalkan skuad itu sebelum Piala Dunia akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN