‘Satu Denyut Nadi’ Inspirasi Jersi Baharu FC Pemanis Musim 2018/19

Pasukan bola sepak komuniti yang berpengkalan di Kuala Terengganu, FC Pemanis melancarkan jersi baharu mereka bagi musim 2018/19.

Jersi terbaru kelab komuniti tersebut ditaja oleh jenama tempatan terkenal, Kaki Jersi Dot Com.

Memaparkan rekabentuk ‘texture’, jersi yang akan digunakan dalam pelbagai pertandingan membabitkan kelab berkenaan diinspirasikan dari tema ‘Satu Denyut Nadi’ atau ‘One Heart Beat’.

Kredit: FC Pemanis, Facebook.

Didatangkan di dalam dua warna, jersi serba kuning ialah untuk kegunaan dalam perlawanan di tempat sendiri, manakala jersi serba hitam ialah untuk aksi di tempat lawan.

Bagi peminat dan penyokong yang ingin mendapatkan jersi tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan harga mampu milik RM60.00 sahaja.

Maklumat lanjut mengenai pembelian jersi, boleh didapati dari laman facebook rasmi FC Pemanis seperti yang tertera di bawah, atau hantarkan pertanyaan anda melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 0179324947.

Pembelian boleh dilakukan melalui pra tempah dan dijadualkan akan siap dalam tempoh tiga minggu.

Selain sebagai tanda sokongan kepada FC Pemanis, jersi ini juga sesuai digayakan untuk semua jenis aktiviti riadah.

FC Pemanis ialah salah sebuah pasukan komuniti yang mengambil bahagian dalam saingan Terengganu Amateur League, yang merupakan Liga M5 Terengganu.

Selain daripada kejohanan liga, FC Pemanis turut bersaing dalam Piala FA Kuala Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN