Southern FC Ratah Pendatang Baru AZS FC 6-1, Kizito Lengkap Hatrik Dalam 4 Minit

Jika kita melihat keputusan akhir bagi perlawanan di antara AZS dan Southern FC, mungkin tidak menceritakan mengenai perlawanan ini dengan sepenuhnya.

Tetapi keputusan ini menunjukkan mengapa Southern FC adalah juara Liga Munro dan menunjukkan Southern memiliki pasukan yang cukup berbakat dan berpengalaman.

Perlawanan yang pada peringkat awal di antara AZS menentang Southern FC kelihatan seimbang sehingga wisel separuh masa pertama, berakhir dengan Southern FC membelasah AZS FC 6-1.

Pada perlawanan separuh masa pertama, AZS mengawal bola dengan kemas dan lebih banyak lama berbanding Southern. AZS cuba mengawal rentak permainan dengan bermain lebih banyak hantaran-hantaran pendek berbanding hantaran jauh.

Walau bagaimanapun, Southern adalah pasukan yang berdisiplin dan berpengalaman, berjaya mematahkan sebarang serangan AZS. Gandingan Okechukwu dan Hasnal Fahmy di bahagian pertahanan tengah Southern berjaya mengawal dan menepis serangan AZS.

AZS perlu mempertingkatkan lagi permainan mereka khususnya di bahagian pertahanan jika mereka mahu memberi sebarang saingan dalam SCL2017.

AZS yang layak melalui pusingan kelayakkan SCL2017, telah bermain dengan formasi 4-4-2, namun tidak menggunakan pemain sayap mereka sepenuhnya seperti mana mereka bermain pada peringkat kelayakkan.

Pasukan berbaju oren yang mendapat jaringan pertama perlawanan apabila Mohd Shaifuddin, pemain pertahanan tengah AZS berjaya merembat bola masuk. Taktikal AZS pada awalnya membuahkan hasil seawall minit ketiga.

Namun, Southern cepat memberi serangan balas dan menyamakan kedudukan selepas empat (4) minit sahaja apabila Jeremy berjaya mencari ruang kosong di dalam kotak.

Separuh masa pertama, keputusan perlawanan adalah 1-1.

Dalam perlawanan separuh masa kedua, Southern membuktikan mengapa mereka adalah pasukan pilihan di dalam kumpulan A.

Kizito Ezeneche Somadina, pemain yang cukup menyerlah musim lalu membuat larian cantik pada bahagian sayap kiri untuk membuat hantaran berbahaya ke dalam kotak. AZS tidak berjaya membuat clearance dan malang sekali membuat jaringan sendiri oleh Maizatul, bek tengah mereka.

Southern menggandakan jaringan mereka melalui jaringan Chun Keong pada minit ke-48 yang sepatutnya diselamatkan oleh penjaga gol AZS. Penjaga gol AZS, Khairil Asyraf telah melepaskan cubaan yang agak lemah dari Chun Keong, meletakkan pasukannya di dalam keadaan yang lebih teruk.

Kemudian, pemain paling berbahaya pada malam itu, Kizito membuka akaun SCL2017 beliau dengan jaringan jarak dekat. Kizito sememangnya pemain yang perlu diperhatikan pada musim ini apabila menyempurnakan hatrik beliau dalam masa empat (4) minit sahaja.

Gol kedua Kizito hadir pada minit ke-64 dan gol ketiga pada minit ke-67. Keputusan akhir perlawanan, 1-6 berpihak kepada Southern FC.

Pemain terbaik perlawanan: Kizito Ezeneche Somadina (Southern FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN