Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Southampton Melakukan Sesuatu Yang Luar Biasa Kepada Dua Peminat Ini Di Dalam dan Luar Padang

Anda mungkin mempunyai satu lagi sebab untuk menyukai Southampton FC pada musim ini selain dari kehebatan pemain mereka menewaskan Arsenal 2-0 malam semalam.

Bagaikan sebuah kisah cinta yang agung, Southampton FC membantu seorang penyokongnya dalam usahanya mencari cinta.

Semuanya bermula apabila seorang penyokong The Saints yang bernama Timothy yang sukakan seorang gadis yang duduk tak jauh dari tempat duduknya ketika menyaksikan kemenangan The Saints 3-0 ke atas Everton pada 20 December yang lepas. Beliau sedar gadis itu juga turut ‘usha’ beliau dari tempat duduknya.

Dalam usaha untuk mengenali gadis tersebut, Tim meminta bantuan kelab kesayangannya melalui Twitter.

sa1

Tweet Tim hanya di-‘favourite’ oleh twitter rasmi Southampton FC. Tidak berpuas hati dengan sekadar ‘favourite’ dari twitter rasmi kelabnya, Tim mengeluarkan tweet ini pula.

sa2

Southampton membalas tweet Tim, menjelaskan undang-undang privasi pelanggan tidak membenarkan kelab untuk mendedahkan nama gadis tersebut kepada pengetahuan awam…

sa3

…sebelum memberi nasihat cinta kepada Tim.

sa4

Untuk menyokong usaha Tim berkenalan dengan gadis tersebut, Southampton menghadiahkan baucar Bovril dan sejambak bunga ros kepada Tim semasa perlawanan Southampton menentang Arsenal semalam (baucar dan bunga tersebut dihantar ke kerusi tetap Tim kerana Tim adalah pemegang season ticket di Saint Mary Stadium).

sa5

sa6

Kisah cinta Tim diikuti dengan penuh minat oleh penyokong The Saints yang lain.

sa7

Dan selepas perlawanan semalam, Tim meng-upload gambar beliau bersama gadis tersebut di twitter nya. Gadis tersebut tidak suka minum Bovril tetapi beliau suka bunga tersebut. Yeah, Tim!

sa8

Southampton nyata gembira dengan kejayaan Tim mendapatkan gadis idamannya sebelum mengakhiri tugasnya¬†dengan tweet ini…

sa9

Menang 2-0 ke atas Arsenal dan mendapat gadis idamannya. Tim pasti tidak akan melupakan 1 January 2015! Cheers, Tim!

B6R4s69IMAAzYFN