Felda United: The Fighters Tiada Niat Turun Liga (Liga Super 2015 Prebiu)

“Sasaran kami pada musim ini adalah menang sekurang-kurangnya satu piala dan layak ke AFC Cup pada 2016.” – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Felda United.

Pendatang baru Liga Super musim 2015 ini tidak asing dengan aksi liga; pernah bermain pada musim 2013 sebelum disingkirkan ke Liga Perdana pada musim 2014. Tetapi Felda United menempa reputasi sebagai ‘giant killer’ selepas muncul naib juara Piala FA (menewaskan Kelantan, Sarawak dan Sime Darby FC) dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia (muncul juara kumpulan yang dihuni Pahang, menewaskan Selangor dan tewas tipis kepada JDT).

Ketua Jurulatih

irfan bakti

Irfan Bakti gemar menggunakan formasi 4-2-3-1 sejak dari zaman beliau mengendalikan Terengganu lagi. Di Felda United, Makeche Ndumba beroperasi sebagai penyerang tunggal sambil dibantu oleh Edward Junior Wilson di belakangnya. Zah Rahan Krangar dan Shahrulnizam Mustapa membentuk ‘double pivot’ di bahagian tengah Felda United. Perubahan peraturan FAM yang membenarkan 4 pemain import boleh beraksi serentak membolehkan pertahanan terbaru, Bojan Miladinovic diturunkan dan dijangka akan berpasangan dengan Shukor Adan sebagai pertahanan tengah.

Pemain Terbaru

miladinovic-bojan

Berketinggian 1.90 meter, Bojan ‘Kapka” Miladinovic merupakan pertahanan dari Serbia yang menghabiskan masa 5 tahun di Liga Uzbekistan sebagai pertahanan utama pasukan heavyweight, Pakhtakor Tashkent. Sudah pun berusia 32 tahun, Miladinovic membawa pengalaman yang luas kepada barisan pertahanan Felda United dan boleh membuatkan hidup penyerang import pasukan lain sukar di atas padang. Dilengkapkan lagi dengan pengalaman dan gaya permainan Shukor Adan yang agresif, Miladinovic adalah aset baru Felda United dan ‘upgrade’ kepada Nasriq Baharom.

Kekuatan

Kebijaksanaan strategi Irfan Bakti. Dengan majoriti pasukan Liga Super bermain dengan formasi 4-4-2, Irfan Bakti tahu pentingnya beliau menguasai ‘midfield battle’. Dengan formasi 4-2-3-1, beliau mempunyai 3 pemain di tengah dan boleh menjadi 4 pemain apabila pemain sayap mereka, Ahmad Syamim ‘cut inside’ dari bahagian sayap. Majoriti gol mereka dihasilkan melalui hantaran dari tengah sebelum disudahkan oleh Makeche Ndumba atau Edward Junior Wilson.

Tak percaya?

Lihat post-match interview Irfan yang bangga apabila pemainnya berjaya mematikan fungsi pemain tengah Pahang, Mohd Faizol Hussein (no. 11) dan Hafiz Kamal (no. 21) ketika Felda United menewaskan Pahang dalam aksi kumpulan Piala Malaysia 2014.

Kelemahan

Dengan majoriti pasukan Liga Super gemar bermain dengan penyerang import yang berbadan besar untuk dijadikan target man, pertahanan Felda United ada kalanya kelihatan sukar untuk menangani fizikal target man pasukan lain. Masalah itu cuba diselesaikan Irfan melalui pembelian Bojan Miladinovic, tetapi belum diketahui sama ada Miladinovic boleh cepat menyesuaikan diri atau tidak.

Ayam Tambatan

doc6hb9qqdi68g8ox0m74m

Makeche Ndumba adalah penyerang yang unik. Beliau beraksi sebagai memegang bola seperti target man dan membuat larian deras dan menggelecek pertahanan seperti advanced forward. Dalam erti kata lain, penyerang Australia ini adalah pemain yang lengkap dan boleh bermain dalam pelbagai strategi Irfan. Lihat bagaimana beliau merobek pertahanan Selangor ketika Felda menewaskan mereka 4-0. Memang menakjubkan.

Tambahan

Ketika majlis pelancaran kit rasmi Felda United semalam, kami mengajukan soalan kepada pengurus pasukan Felda United, Dato’ Haji Jamaluddin Ahmad tentang tempoh rehat Indra Putra dan Shukor Adan yang terlibat dalam kempen AFF Suzuki 2014. Kami bertanya apakah tempoh rehat mereka akan dilanjutkan atau apakah mereka akan terus bermain dalam kesebelasan utama apabila musim Liga Super bermula nanti.

Soalan kami dijawab oleh pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad:

Ya. Mereka akan terus bermain. Mereka ada tugas dengan pasukan negara dan pasukan FELDA juga. Jika kami memerlukan khidmat mereka, mereka akan bermain.

DSC_0441

Kemudian, kami bertanya kepada Irfan Bakti tentang peluang penyerang tempatan Felda United di kala penyerang import menjadi pilihannya. Irfan menjawab:

Semua pemain akan mendapat peluang bermain. Kita ada rotation. Apabila tiba masa pemain import kami mendapat kecederaan dan keletihan, pemain tempatan akan mengambil alih tempat mereka. Jika prestasi pemain import tidak memuaskan hati saya, pemain tempatan akan mengambil alih.

DSC_0450

DSC_0418

DSC_0427

DSC_0426

DSC_0427

DSC_0429

DSC_0431

(Sumber gambar: WorldFootball, The Star MY, N9TV)

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN