Southampton Mahu Liverpool Disiasat, Dakwa Virgil Van Dijk Dipancing Secara Haram

Southampton telah memohon kepada badan yang menganjurkan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Premier League supaya melakukan siasatan ke atas Liverpool atas dakwaan cubaan mendapatkan Virgil van Dijk secara haram.

Press Associations Sports (PA Sport) yang mendedahkan perkhabaran ini melaporkan kepada ESPN bahawa sehingga kini Southampton masih belum lagi menerima bidaan secara rasmi daripada Liverpool.

Laporan daripada England sejak beberapa hari ini melaporkan Van Dijk telah bersetuju untuk menyertai kelab Merseyside berkenaan untuk musim EPL 2017-2018.

Juergen Klopp dikatakan menjadikan Van Dijk sebagai sasaran utama pada musim panas ini.

Chelsea dan Manchester City dilaporkan turut berminat untuk mendapatkaan khidmat pertahanan tengah Belanda ini.

Bagaimanapun Southampton jelas tidak senang dengan kaedah yang digunakan oleh Liverpool dan bertanggapan ia adalah cubaan untuk mengalih perhatian pemainnya.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Southampton berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk menolak sebarang tawaran rasmi daripada mana-mana pihak untuk Virgil Van Dijk.

The Daily Echo turut melaporkan bahawa keputusan untuk membawa kes ini kepada Premier League diambil setelah mesyuarat pengurusan kelab diadakan pada awal pagi tadi.

Pada Mei lalu, pengerusi Southampron Ralph Krueger memberitahu PA Sport bahawa beliau akan menolak semua tawaran walaupun ia bernilai £60 juta sekalipun untuk Van Dijk.

“Bolehkah kita melakukan demikian (menolak bidaan)? Sudah tentu.”

“Buat pertama kali, kita tidak perlu untuk menjual mana-mana pemain sejak saya berada di sini,” ujar Kruger kepada wartawan.

(Photo by Michael Steele/Getty Images)
Restrictions

Virgil Van Dijk, 25 tahun menyertai Southampton daripada Celtic dengan nilai perpindahan dilaporkan sekitar £13.35 juta pada musim 2015-2016.

Van Dijk telah menandatangani kotrak selama 6 tahun kira-kira sebelas bulan yang lalu. Bagaimanapun, Van Dijk hanya tampil dalam 21 perlawanan EPL pada musim lepas setelah mengalami kecederaan ligamen.

Pemain antarabangsa Belanda ini adalah pemain terbaru yang berada dalam radar Liverpool.

Kelab Merseyside itu telah memancing Sadio Mane, Nathaniel Clyne, Rickie Lambert, Adam Lallana dan Dejan Lovren dari St Mary’s sejak tiga tahun yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN