Southampton mengumumkan yang mereka sudah bersetuju untuk menjual kelab tesebut kepada konsortium dari China. Lander Holdings.
Nilai pengambilalihan itu dikatakan sekitar £190 juta – £200 juta. Ini membolehkan Lander Holdings memegang 80% daripada saham kelab.
Nilai yang hampir sama dengan jumlah wang yang dibayar oleh PSG untuk mendapatkan Neymar sebelum ini.
Di China, berita pengambilalihan ini sudah disebarkan oleh media-media mereka menerusi aplikasi Wechat,laman weibo dengan tajuk: ‘Keluarga Gao Bakal Memiliki Kelab EPL’.
Ini bermakna, Southampton akan menjadi kelab Inggeris ke-27 menerima perlaburan daripada China dalam 3 tahun terakhir ini.
Namun begitu, pengumuman rasmi untuk pemilikan baharu itu masih menunggu beberapa prosedur untuk diselesaikan. Ini kerana Lander Holdings masih menantikan kelulusan daripada kerajaan China untuk pelaburan yang besar di luar negara.
Jika ia direalisasikan, pemilik baru kelab tersebut, Gao Jisheng akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk membincangkan perancangan masa hadapan kelab.
Antara yang di dalam perancangan mereka adalah untuk mengekalkan Virgil Van Dijk di dalam pasukan mereka. Ini kerana pemain itu penting untuk menjadi sebahagian daripada revolusi kelab tersebut.
Kali ini, Southampton agak sunyi daripada jendela perpindahan. Mereka hanya mendapatkan Jan Bednarek.
Mereka berharap selepas pengambilalihan ini kelak, Southampton akan menjadi kuasa dalam bola sepak Inggeris berbanding dengan status mereka yang kerap dilabel kelab penjual.