Rasmi! Barcelona Umumkan Paulinho Sebagai Pemain Baru!

Barcelona akhirnya memuktamadkan pembelian Paulinho ke kelab tersebut dari Guangzhou Evergrande. Ini selepas mereka bersetuju membayar klausa perlepasan bernilai €40 juta.

Luiz Felipe Scolari mengucapkan selamat tinggal kepada bintang 29 tahun beliau dan menganggap ia sebagai satu kehilangan besar untuk pasukan beliau.

Saga perpindahan Paulinho ke Barcelona menjadi hangat apabila Barcelona diberikan amaran oleh PSG untuk menjauhi bintang tengah mereka Marco Verratti. Agak ironi apabila PSG pula yang membayar €222 juta klausa perlepasan untuk mendapatkan Neymar.

Paulinho pernah beraksi untuk Tottenham Hotspur dan meninggalkan kelab London itu pada 2015 untuk menyertai kelab China, Guangzhou Evergrande.

Legenda Brazil, Rivaldo mengucapkan selamat berjaya untuk Paulinho dan yakin pembelian kali ini adalah yang terbaik buat masa ini.

Selepas kejayaan ini, Barcelona kini menumpukan usaha untuk mendapatkan Phillipe Coutinho dan Ousmane Dembele.

CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengesahkan yang mereka menolak bidaan €100 juta untuk Ousmane Dembele.

Pemain tersebut turut digantung daripada tugasan oleh kelab kerana ponteng latihan Khamis lalu.

Barcelona kini dalam rangka persiapan untuk perlawanan kedua Piala Super Sepanyol selepas tewas 1-3 dalam el clasico di Camp Nou dalam perlawanan pertama mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN