Sorakan Penyokong Man United Untuk Erik ten Hag Yang Seolah-Olah Sedang Belajar Mengira

Keputusan Manchester United melantik Erik ten Hag sebagai pengurus baru mereka jelas sekali telah diterima dengan sangat baik oleh para penyokong.

Ramai yang percaya Ten Hag bakal mampu menghidupkan semula skuad Man Utd yang dikatakan sudah mati pada ketika ini.

Para penyokong merasakan Ten Hag adalah individu paling tepat untuk diberi kepercayaan sebagai pemimpin projek terbaru Man Utd yang akan bermula musim hadapan.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November tahun lalu, Manchester United telah melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab.

Pengurus dari Jerman itu telah ditawarkan kontrak selama enam bulan sebagai pengurus interim dan kemudiannya beliau akan meneruskan tugasnya sebagai penasihat kelab selama dua tahun.

Selepas mengambil masa selama beberapa bulan untuk memilih pengurus tetap yang baru, Red Devils akhirnya mengumumkan nama Erik ten Hag sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer.

Berita kedatangan Ten Hag ke bumi Old Trafford itu jelas sekali mendapat sambutan yang sungguh luar biasa dasyat dari para peminat.

Chanting untuk Ten Hag dianggap yang paling teruk dalam sejarah

Penyokong Manchester United sangat teruja dengan kedatangan pengurus dari Belanda itu hingga mereka telah menyediakan chanting khas untuknya walau beliau masih belum tiba di Old Trafford.

Walau bagaimanapun, lirik dalam chanting tersebut sepertinya telah mengundang kecaman dari para peminat pasukan seteru yang merasakan ia chanting paling teruk dalam sejarah dunia bola sepak.

“One Hag, Two Hag, Three Hag, Four Hag, Five Hag, Six Hag, Seven Hag, Eight Hag, Nine Hag, Ten Hag… Ten Hag, Ten Hag, Ten Hag, Ten Hag!”

Begitulah lirik dalam chanting tersebut dan ia telah mengundang kecaman teruk dari para peminat seluruh dunia.

Para peminat pasukan seteru menganggap chanting itu seolah-olah kelas belajar mengira dan ia langsung tak menarik untuk didengari.

“Mereka terlalu teruja dengan kedatangan Ten Hag, tapi ini saja chanting yang mampu mereka hasilkan? Sangat menjengkelkan.”

“Kelas belajar mengira, saya mampu dengar sampai four Hag sahaja, lepas tu saya dah bosan.”

“Adakah chanting ini memang dibuat untuk pastikan Ten Hag segera tinggalkan kelab? Kalau saya jadi dia saya malu ada chanting seperti ini.”

Apa pandangan korang tentang chanting tu? Menarik? Menjengkelkan? Menjijikkan? Menakjubkan? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN